Sunday, 22 July 2018

Ini Perbezaan Parlimen Yang Anda Tidak Tahu

Ini Perbezaan Parlimen Yang Anda Tidak Tahu. Sidang Parlimen pertama kerajaan PH mencatat sejarah apabila banyak tempat duduk bertukar. Almaklumlah yang dulu kerajaan kini pembangkang, yang dulu pembangkang kini kerajaan.

Inilah pertama kali sejak lebih 60 tahun, BN/Umno yang menerajui kerajaan kini bertukar menjadi pembangkang setelah ditolak rakyat pada 9 Mei.

Ini Perbezaan Parlimen Yang Anda Tidak Tahu.  Inilah juga pertama kali ahli Yang Berhormat dari parti pemerintah, Ramkarpal Singh (DAP Bukit Gelugor), diusir keluar Dewan oleh Speaker yang dilantik kerajaan.

Tindakan Speaker, Datuk Mohamad Arifd Md Yusof itu adalah susulan keengganan YB berkenaan menarik balik perkataan ‘samseng’ yang disebutnya pada sesi pagi.

Biasanya sebelum ini Speaker hanya berani mengusir YB dari parti pembangkang. Sebab itu tidak pernah dengar YB kerajaan kena usir.

Maka itulah bezanya Speaker kerajaan lama dengan Speaker kerajaan baharu!

KETUA Pembangkang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengkritik kelemahan Kerajaan PH menunaikan 10 janji dalam 100 hari seperti terkandung dalam Buku Harapan.

Ketika berbahas di Dewan Rakyat mantan TPM yang kini Presiden Umno itu mengingatkan kerajaan mengenai ciri-ciri orang munafik berdasarkan Islam iaitu apabila berjanji tidak ditepati dan berbohong.

Beliau lalu menjelaskan di Dewan yang mulia itu mengenai ciri-ciri munafik menurut Islam, iaitu apabila bercakap dia bohong, apabila berjanji dia mungkir, dan apabila diberi amanah dia pecah amanah.

Ini Perbezaan Parlimen Yang Anda Tidak Tahu.


Zahid orang berpendidikan agama, ciri-ciri munafik yang disebut itu memang tepat.

Cuma, kalau faham dan renung dalam-dalam, ciri-ciri itu bukan terdapat hanya pada pemimpin Kerajaan PH. Ciri-ciri itu ada pada ramai pemimpin, tidak sebelah kerajaan atau sebelah pembangkang...

*ADA dakwaan bahawa orang Melayu menjadi mangsa penindasan kerajaan baharu PH. Ada pun yang membuat dakwaan itu ialah Datuk Seri Najib Razak @ mantan Perdana Menteri yang juga mantan Presiden Umno.

Tambah si mantan lagi, seperti yang dilaporkan media, sejak parti terbesar Melayu itu hilang kuasa pada PRU14, orang Melayu menjadi bangsa terbangsat di negara sendiri.

Berada di luar gelanggang perdana, bukanlah luar biasa Najib, juga mantan-mantan yang sewaktu dengannya berkata demikian. Itu cakap-cakap orang kecewa...

*APA pun bukan semua orang bersetuju dan menerima cakap mantan-mantan yang kecundang dan masih dalam keadaan meroyan itu. Ramai yang kini berani menyangkal.

Bekas Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Datuk Syed Ali Alattas berkata dakwaan kerajaan PH menindas Melayu adalah tidak benar. Beliau mendakwa pihak yang menindas kaum Melayu adalah pentadbiran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan BN.

Syed Ali bertanya: “Di Johor, siapa yang dapat tanah? Projek pasang papan tanda, siapa dapat? Seorang Melayu pun tak dapat dan jangan haraplah...”

Naib Presiden DPMM, Datuk Fauzi Hassan pula memberitahu pentadbiran dulu tidak membantu orang Melayu, dan “jika ada pun ia dalam bentuk Ali Baba.”

Beliau memberi contoh pemberian projek-projek balak sebelum ini: “Tanya Menteri-Menteri Besar Umno dan Pas, berapa banyak projek balak diberi kepada Melayu?”

PH baru memerintah 60 hari sudah dipertikai tidak membela Melayu; Umno/BN sudah memerintah 60 tahun apakah Melayu betul-betul terbela?

Ini Perbezaan Parlimen Yang Anda Tidak Tahu


AKHIR kalam, cukai jualan & perkhidmatan (SST) akan dikuatkuasakan September akan datang. Orang sudah mula gelisah kerana membayangkan harga barang akan naik.

Tambahan pula masih ramai yang belum faham apa sebenarnya SST. Ada yang kata kena 10%, ada kata kena 6%, ada juga yang kata kena 16%. Keliru.

Ada sebulan lebih lagi sebelum dikuatkuasakan, beri penjelasan terperinci kepada rakyat. Jangan selindung-selindung. Kalau SST akan menyebabkan barang naik, katakan yang betul.

Dulu sewaktu hendak dilaksanakan cukai barangan & perkhidmatan (GST), ada menteri kata: “Harga barang pasti akan turun!” Tetapi terbukti harga naik, dan sampai sekarang menteri itu dianggap pembohong @ munafik.

Rakyat marah dan kecewa dengan GST, dan mengaitkannya dengan ‘Ganyang Sampai Tumbang’, ‘Goyang Sampai Telanjang’, ‘Geram Sampai Tua’, macam-macam.

Ini Perbezaan Parlimen Yang Anda Tidak Tahu. Maka sekarang ada pula SST – adakah ‘Senang Sampai Tua’, atau ‘Susah Sampai Tua’?

TOK PERAK


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image



1 comment:

  1. 26 yr old Mechanical Engineer Roten from Fort Saskatchewan, has pastimes for example bmx, 바카라사이트
    and stamp collecting. Felt especially inspired
    after visiting Flemish Béguinages.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...