Tuesday, 24 July 2018

Dewan Rakyat Bakal Kecoh Lagi?

Dewan Rakyat Bakal Kecoh Lagi? Persidangan Dewan Rakyat yang akan kembali bersambung esok menyaksikan beberapa perkara bakal menjadi tumpuan terutama membabitkan pinjaman kewangan dari Jepun, Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT), hutang negara dan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Ketua pembangkang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk) memulakan sidang dewan dengan meminta Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menjelaskan rasional Malaysia ingin mendapatkan pinjaman kewangan daripada negara Jepun yang mempunyai nilai mata wang lebih tinggi daripada Ringgit walaupun faedah yang bakal dikenakan terhadap pinjaman tersebut dikatakan rendah.

Dewan Rakyat Bakal Kecoh Lagi? Selain itu, Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) meminta Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan adakah kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap penularan budaya songsang LGBT yang semakin membimbangkan selaras dengan peruntukan di dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan.

Isu PTPTN turut tersenarai dalam aturan urusan mesyuarat esok dengan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) akan mengemukakan soalan berkaitan pinjaman tersebut kepada Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

Soalan tersebut berkisar mengenai rasional penghutang PTPTN yang ingkar membayar balik hutang dikeluarkan daripada senarai hitam imigresen dan apakah inisiatif yang akan dilaksanakan pihak kementerian bagi memastikan penghutang membayar balik hutang PTPTN mereka.

Dewan Rakyat Bakal Kecoh Lagi?


Sementara itu, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) pula meminta Guan Eng menyatakan jumlah hutang nasional (national debts) dan adakah metodologi pengiraan hutang negara oleh Kerajaan baharu berbeza dengan Kerajaan terdahulu.

Turut tidak terkecuali isu 1MDB dengan Datuk Takiyuddin Hassan (Pas-Kota Bharu) meminta Dr Mahathir menjelaskan status terkini siasatan dan kemungkinan kerajaan bercadang supaya kes tersebut disiasat oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Bn-Rembau) pula meminta penjelasan Guan Eng ke atas kedudukan kewangan negara unjuran daripada penurunan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada sifar peratus dan langkah yang sedang dan akan diambil secara mampan bagi mengatasi kekurangan sumber pendapatan daripada pengurangan kadar GST.

Dewan Rakyat Bakal Kecoh Lagi? Usul Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) juga dijangka menghangatkan sidang dewan apabila mencadangkan Dewan Rakyat menyatakan kehilangan kepercayaan dan ketidakyakinan terhadap Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Othman Mahmood dan lima anggota SPR lain iaitu Datuk Md Yusop Mansor, Datuk Abdul Aziz Khalidin, Sulaiman Narawi, Datuk K Bala Singam serta Datuk Leo Chong Cheong. - malaysiakini




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image



1 comment:

  1. Hilang Kepercayaan kepada PH pun patut di usulkan dan di bahaskan, bukti bukti janji yang telah di tepati dan apakesan nya pada rakyat.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...