Wednesday, 11 July 2018

BN Pun Luluskan UEC Sebelum Ini

BN Pun Luluskan UEC Sebelum Ini. Naib Presiden Umno Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) boleh diiktiraf jika mereka memperolehi kredit dalam mata pelajaran bahasa Melayu dan sejarah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Beliau berkata kerajaan BN sebelum ini memberi peluang kepada pemegang UEC memasuki institut pendidikan guru (IPG).

BN Pun Luluskan UEC Sebelum Ini. "Kerajaan BN sebelum ini telah memberi kelonggaran untuk lepasan UEC bagi memasuki IPG.

“Namun tetap dengan syarat am kepujian dalam bahasa Melayu dan lulus subjek sejarah di peringkat peperiksaan SPM serta khusus untuk mengajar di peringkat SJKC sahaja,” kata bekas menteri pendidikan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah bahawa pendirian Umno adalah jelas bahawa semua sistem berkaitan pendidikan di negara ini perlu berlandaskan dasar pendidikan kebangsaan seperti yang diperuntukkan mengikut Akta Pendidikan 1996.

"Sistem pendidikankebangsaan memperuntukkan bahasa kebangsaan (bahasa Melayu) sebagai bahasa pengantar utama, kurikulum kebangsaan dan peperiksaan yang sama.

"Pendidikan yang diberikan (dalam sistem pendidikan Malaysia) adalah pelbagai dan komprehensif skopnya bagi memenuhi keperluan negara serta memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik selaras dengan prinsip Rukunegara," katanya.

UEC adalah sijil yang dikeluarkan Sistem Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia dan pelaksanaannya tidak mengikut sistem pendidikan kebangsaan. - malaysiakini





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image



1 comment:

  1. I visited many blogs however the audio quality for audio songs current at this website is really wonderful.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...