Monday, 23 July 2018

Berita Menggemparkan Di PRK Sungai Kandis

Berita Menggemparkan Di PRK Sungai Kandis. Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil DUN Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa PAS tempatan akan membantunya menewaskan Pakatan Harapan (PH).

Lokman yang berdepan pertandingan 3 penjuru berkata beliau juga akan bertemu dengan kepimpinan PAS kawasan dan cawangan dalam masa terdekat.

Berita Menggemparkan Di PRK Sungai Kandis. “Rakan-rakan PAS ada hubungi saya dan akan beri bantuan kepada saya. Setakat ini ramai yang memberi sokongan,” katanya ketika sedang beramah mesra dengan peniaga dan penjaja di pasar Taman Seri Andalas.

Beliau juga tidak kisah dilabel penyokong bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, kerana Najib meninggalkan ekonomi negara dalam keadaan yang baik walaupun tewas.

“Cuma sekarang sedang dihancurkan PH,” katanya.

Terdahulu, penganalisis berkata walaupun PKR akan memenangi pilihan raya kecil ini, perkara yang perlu diberi perhatian ialah pergerakan undi penyokong PAS kepada Umno.

Berita Menggemparkan Di PRK Sungai Kandis


Prof Datuk Mohamad Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata PH akan terkesan jika penyokong Umno dan PAS bekerjasama, dan dapatan daripada PRK nanti boleh menjadi petunjuk kepada trend politik orang Melayu di masa akan datang.

Akhbar Singapura, Straits Times (ST) pada Jun melaporkan hanya 25-30% pengundi Melayu memilih PH berbanding kira-kira 95% pengundi Cina dan 70-75% pengundi India pada pilihan raya baru-baru ini, memetik kajian Merdeka Centre.

Kajian itu mendapati kira-kira 35-40% pengundi Melayu memilih Barisan Nasional (BN) yang diterajui Umno dan 30-33% menyokong PAS.

Berita Menggemparkan Di PRK Sungai Kandis. Ini bermakna minimum 65% atau maksimum 73% orang Melayu bersama pembangkang nasional sekarang. -free malaysia today





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...