Wednesday, 18 July 2018

Berita Gempar Dari Rosmah

Berita Gempar Dari Rosmah. Barangan kemas dari firma Lubnan yang dihantar kepada bekas isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, mungkin tertakluk kepada rampasan jika ia belum diisytiharkan kepada Jabatan Kastam.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk T Subromaniam berkata demikian ketika ditanya mengenai hantaran 44 unit barangan kemas berkenaan, yang kini ditahan oleh polis.

Berita Gempar Dari Rosmah. "Polis belum menghubungi kami. Apa-apa barang yang belum atau tidak diisytiharkan juga boleh dirampas," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Subromaniam mengulas kenyataan Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer, yang menimbulkan persoalan tentang bagaimana barangan kemas itu dibawa masuk tanpa melalui pemeriksaan kastam.

"Adakah konsainan ini diisytiharkan kepada Jabatan Kastam apabila dibawa masuk ke Malaysia?

Berita Gempar Dari Rosmah


"Siapakah yang menerima barangan ini? Adakah duti kastam dibayar? Bagaimana penghantaran barang-barang ini sampai kepada Rosmah dengan selamat sedangkan nilai barangan kemas ini sangat besar ini?" soal Rayer dalam satu kenyataan hari ini.

Berita Gempar Dari Rosmah. Selasa lalu, Malaysiakini melaporkan Global Royalty, sebuah syarikat pemborong barang kemas di Lubnan memfailkan saman terhadap Rosmah bagi menuntut isteri bekas perdana menteri itu memulangkan kembali 44 barangan kemas yang dihantar kepadanya pada Februari lalu.




-malaysiakini




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...