Thursday, 26 July 2018

Anuar Musa Terlanjur

Anuar Musa Terlanjur. Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa mendakwa beliau cuma bergurau apabila mengatakan akan berlaku pilihan raya kecil di kerusi parlimen Langkawi.

"Saya kata pilihan raya kecil adalah takdir illahi yang boleh berlaku di mana-mana, mungkin di Langkawi, Bera atau Ketereh," kata Anggota Parlimen Ketereh itu di lobi Parlimen.

Anuar Musa Terlanjur. Kerusi parlimen Langkawi kini disandang oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, yang berusia 93 tahun.

Mahathir juga merupakan Perdana Menteri dan pengerusi Parti Pribumi Bersatu (BERSATU).

"Saya kata itu dengan bergurau, jadi jangan marah," kata Annuar.

Annuar juga berkata kenyataan beliau telah disalahtafsir.

"Tetapi, jika ada yang tersinggung, saya minta maaf, tidak ada masalah.

"Orang ramai menyalahtafsirkan kata-kata saya, tetapi saya tidak keberatan, saya boleh memohon maaf kerana itu bukan apa yang saya maksudkan," katanya.

Anuar Musa Terlanjur


Annuar berkata beliau menghormati Mahathir sebagai Perdana Menteri, seorang negarawan dan bekas bosnya.

"Sekiranya dia melakukan sesuatu yang betul, kita mesti mengatakan ia adalah betul. Apabila dia salah, kita juga harus mengatakannya," katanya.

Annuar, ketika berkempen dalam pilihan raya kecil Sungai Kandis, dilaporkan menggambarkan pilihan raya itu sebagai "ujian dari Allah".


Sementara itu Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyifatkan kenyataan Annuar sebagai tidak wajar.

"Ia bukan komen yang baik. Seseorang yang berumur 93 tahun boleh hidup selama 10 tahun lagi hingga 100 atau 103, atau bahkan 20 hingga 30 tahun lagi," kata Mukhriz.

Annuar dalam pada itu sependapat dengan Mukhriz mengenai Mahathir yang memiliki umur panjang.

Anuar Musa Terlanjur. "Saya setuju, saya harap saya dapat hidup lama," kata pemimpin berusia 62 tahun itu. - malaysiakini






Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...