Sunday, 29 July 2018

Ahmad Maslan Bersuara Lagi

Ahmad Maslan Bersuara Lagi. Datuk Seri Ahmad Maslan mendakwa harga barangan pasti akan naik 1 September ini selepas Pakatan Harapan (PH) melaksanakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Ahmad yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata kenaikan itu berlaku susulan pelaksanaan SST yang tidak telus.

Ahmad Maslan Bersuara Lagi. “Saya tak kata saya pakar SST dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). 124 negara buat GST daripada 194 negara dalam dunia.

“SST ini negara dalam dunia dah tak buat, kenapa? Sebab ada kelemahan.

“Kita mengatakan yang benar. Percayalah harga barang, ‘confirm’ akan naik September ini. Kita (rakyat) juga yang jadi mangsa,” katanya ketika berkempen di Kampung Jawa, hari ini.

Beliau turun ke DUN Sungai Kandis bagi membantu calon BN, Datuk Lokman Noor Adam berkempen.

Sebelum ini Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan SST akan dilaksanakan berkuat kuasa 1 September 2018.

Ahmad Maslan Bersuara Lagi


Pengenalan semula SST itu bagi menggantikan GST yang dikenakan pada kadar 0% bermula 1 Jun lalu.

Ahmad turut menyenaraikan 3 kelemahan pelaksanaan SST iaitu rakyat tidak tahu mereka dikenakan cukai tersebut, sedangkan cukai itu ada dalam harga barang.

“Ia diambil daripada pengimport 10% dan pengilang 10%. Mereka letak sebagai kos dan dimasukkam dalam harga barang,” katanya.

Kedua, Ahmad berkata berlakunya cukai atas cukai dengan berkata: “Kalau RM100 dicampur keuntungan, daripada kilang ia akan jadi RM110 dan RM110 itu tidak akan jadi RM110 apabila sampai kepada pengguna, mungkin RM120.

“Sedangkan GST dulu, cuma RM106 apabila sampai di hujung pembeli barang,” katanya.

Selain itu, katanya, pengilang dan pemborong boleh menipu cukai.

“Apa yang dikatakan sebagai ‘the black economy’ ataupun ekonomi gelap. Itu sebab apabila kutipan SST itu cuma RM21 bilion berbanding GST RM44 bilion,” katanya.

Beliau menambah, Menteri Kewangan Lim Guan Eng turut mengakui kelemahan SST berbanding GST di Dewan Rakyat.

Ahmad Maslan Bersuara Lagi


“Saya bertanya kepada Lim Guan Eng di dalam Dewan Rakyat, kenapa tukar? Bukankah GST lebih telus berbanding SST?

“Beliau akui bahawa GST lebih telus. Kenapa mereka tidak mahu yang telus? Sedangkan bukankah kerajaan sekarang mahukan ketelusan?

“Ini perkara penting saya nak katakan, PH ini penipu hebat, penipu macam-macam,” katanya. -free malaysia today





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...