Tuesday, 3 July 2018

3 Senator Yang Dilantik Sebagai Menteri Adalah?

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiga lagi menteri akan dilantik menjadikan keseluruhan barisan Kabinetnya kepada 29 orang menteri.

Pelantikan tiga menteri itu hanya boleh dibuat selepas mereka mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara, katanya.

"Selagi kita tidak ada acara mengangkat sumpah menjadi senator maka selagi itulah tidak boleh lantik sebagai menteri.

"Kita akan mempunyai 29 orang (menteri), sekarang ada 26 orang, jadi ada tiga orang lagi," katanya ketika ditemui pemberita selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan di Istana Negara di Kuala Lumpur, hari ini.

Seramai 13 menteri dan 23 timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Sebelum ini, 13 orang menteri yang diketuai Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah mengangkat sumpah jawatan sebagai menteri di bawah pentadbiran Dr Mahathir pada 21 Mei lepas susulan kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lepas.

Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14 akan bersidang mulai 16 Julai ini sehingga 16 Ogos depan.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan menteri dan timbalan menteri yang mengangkat sumpah hari ini bagi memberi penerangan berhubung tanggungjawab dan peranan yang harus dimainkan mereka.

Dalam pada itu, ditanya tentang pelantikan Ketua Hakim Negara yang baharu bagi menggantikan Tun Md Raus Sharif, perdana menteri berkata ia akan diumumkan selepas Md Raus menamatkan perkhidmatan pada hujung bulan ini.


Kerajaan sudah mempunyai calon untuk mengisi jawatan itu, namun ia tidak boleh diumumkan pada masa ini, katanya.

"Dia (Md Raus) bercuti pada masa ini, pada hujung bulan ini dia akan bersara secara pilihan dan selepas itu kita akan umumkan siapa pengganti," katanya. - bernama





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image



1 comment:

  1. Hi there, I discovered your site by the use of Google at the same time
    as searching for a comparable subject, your website got here up, it looks great.
    I've bookmarked it in my google bookmarks.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...