Thursday, 28 June 2018

Suhaizan Kaiat Dilantik Speaker DUN Johor

Suhaizan Kaiat Dilantik Speaker DUN Johor. 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Johor hari ini mengangkat sumpah jawatan pada mesyuarat pertama bagi penggal persidangan pertama Dewan Negeri Johor yang ke-14, di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar.

Mereka mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN yang baru dilantik, Suhaizan Kaiat dengan didahului Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian sebelum diikuti 10 anggota Exco.

Suhaizan Kaiat Dilantik Speaker DUN Johor.  Terdahulu, Osman mengemukakan nama Suhaizan sebagai Speaker DUN Johor dan disokong Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan.

Majlis angkat sumpah diteruskan dengan Adun Gambir yang juga Ahli Parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Adun Simpang Jeram yang juga Ahli Parlimen Pulai Salahuddin Ayub dan Adun Penggaram Gan Peck Cheng sebelum disusuli kesemua Adun lain.

Sejurus angkat sumpah selesai, Gan, 52, yang juga setiausaha DAP Johor dilantik sebagai timbalan speaker DUN Johor apabila nama beliau dicadang Osman dan disokong Aminolhuda.

Sementara itu, Suhaizan, 45, yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana Sains Komputer dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam ucapannya, menyifatkan pelantikan berkenaan sebagai penghormatan yang sangat tinggi dan beriltizam akan mengendalikan persidangan DUN Johor sebaik mungkin.

Suhaizan Kaiat Dilantik Speaker DUN Johor


Pada pilihan raya umum 9 Mei lepas, Suhaizan yang merupakan setiausaha organisasi Amanah dan naib pengerusi Amanah Johor bertanding di kerusi DUN Kukup, namun tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Md Othman Yusof dengan majoriti 862 undi.

Suhaizan memperoleh 10,251 undi, Md Othman memperolehi 11,113 undi, manakala calon PAS, Karim Deraman memperoleh 1,040 undi dalam perlawanan 3 penjuru itu.

Pakatan Harapan (PH) mendapat mandat membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 36 kerusi DUN Johor, manakala BN mendapat 19 kerusi dan PAS satu kerusi.

Daripada 36 kerusi itu, DAP memperoleh 14 kerusi, Amanah 9, PKR 5, manakala PPBM 8 kerusi.

Suhaizan Kaiat Dilantik Speaker DUN Johor.  Bagaimanapun, 3 Adun BN daripada Umno iaitu Adun Sedili Rasman Ithnain, Adun Johor Lama Rosleli Jahari dan Adun Endau Alwiyah Talib kemudian mengumumkan keluar Umno dan BN pada 12 Mei dengan menjadi Adun Bebas. - free malaysia today




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image



1 comment:

  1. online casino
    casino online
    casino
    online casino
    casino

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...