Sunday, 10 June 2018

Rupanya ADUN Ini Bakal MB Selangor?

Rupanya ADUN Ini Bakal MB Selangor?  Sepuluh hari lagi menteri besar Selangor yang baru akan dilantik, pihak-pihak yang bersaing mengemukakan 2 nama sebagai pendahulu saingan, iaitu Dr Idris Ahmad, 70 atau ahli Exco, Amiruddin Shari, 38.

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail mengesahkan Idris dicalonkan, dan nama lain turut dikemukakan untuk dipertimbangkan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Rupanya ADUN Ini Bakal MB Selangor?  Semalam Idris berkata, beliau dimaklumkan namanya merupakan calon tunggal.

Bagaimanapun, pemimpin utama PKR menegaskan Amiruddin Shari lebih berkemungkinan dilantik, dan wujud persetujuan dalam kalangan beberapa pemimpin PKR lain.

Amiruddin, Adun Sungai Tua, merupakan ahli Exco selama 2 penggal.

“Beliau aktif dan mempunyai pengalaman dengan belia, sukan, pembangunan usahawan dan pembangunan luar bandar,” menurut sumber dalaman parti.

Rupanya ADUN Ini Bakal MB Selangor?


Adun Seri Setia, Dr Shaharuddin Badaruddin juga dicalonkan.

Walaupun Dr Wan Azizah mengesahkan Idris sebagai calon, ramai yang menyokong Amiruddin berkata Idris tidak mempunyai pengalaman pentadbiran yang mencukupi.

Menteri besar sekarang, Datuk Seri Azmin Ali mengangkat sumpah sebagai menteri hal-ehwal ekonomi dalam Kabinet pusat, tetapi diarahkan Sultan Selangor supaya terus memimpin Selangor sehingga pengganti dilantik.

Rupanya ADUN Ini Bakal MB Selangor? Azmin merupakan Ahli Parlimen Gombak dan juga Adun bagi Bukit Antarabangsa. - free malaysia today



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...