Monday, 4 June 2018

Polemik Pemilihan Peguam Negara Berterusan

Polemik Pemilihan Peguam Negara Berterusan. Pihak yang terlibat dengan isu pelantikan Peguam Negara perlu mengadakan proses perbincangan untuk mencari jalan penyelesaian segera, dengan mengambil pandangan semua pihak tanpa menjejaskan proses perundangan negara.

Pensyarah Kanan Fakulti Syariah & Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia, Dr Muzaffar Syah Mallow berkata, langkah itu perlu dilakukan dengan penyelesaian secara baik dan harmoni bagi mengelak krisis berpanjangan.

Polemik Pemilihan Peguam Negara Berterusan.“Sebarang proses lantikan yang ingin dibuat perlu mematuhi segala peruntukan undang-undang yang ada dalam negara kita dan yang paling penting adalah mematuhi segala prinsip yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Walau apa jua pandangan diberikan pelbagai pihak mengenai isu itu, Muzaffar berkata, adalah penting bagi negara memiliki seorang Peguam Negara untuk menjalankan segala tugas dan tanggungjawab yang diperlukan.

“Ia bagi menjamin keutuhan sistem keadilan dan undang-undang negara mengikut peruntukan yang telah ditetapkan di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Polemik Pemilihan Peguam Negara Berterusan


“Peguam Negara merupakan penasihat undang-undang utama kepada Kerajaan Malaysia dan juga merupakan seorang Pendakwa Raya Malaysia. Kedudukan, peranan serta kuasa Peguam Negara telah jelas termaktub dalam Perkara 145 (1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, Peguam Negara yang dilantik Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri mestilah terdiri daripada individu yang mempunyai kelayakan untuk menjadi seorang Hakim Mahkamah Persekutuan.

“Sebagai pegawai undang-undang tertinggi negara, Peguam Negara berkewajipan untuk menasihati Agong atau Jemaah Menteri mengenai apa-apa perkara bersifat undang-undang yang dirujuk kepadanya dan menunaikan fungsi diberikan kepadanya oleh Perlembagaan dan undang-undang bertulis yang lain,” katanya.

Menurutnya, Perlembagaan Persekutuan memberikan dua kuasa utama kepada Peguam Negara merangkumi kuasa pendakwaan dan sebagai penjaga kepentingan awam.

Polemik Pemilihan Peguam Negara Berterusan


“Ini jelas tertera dibawah Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyatakan 'Peguam Negara hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya, untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan, selain prosiding di hadapan mahkamah Syariah, mahkamah anak negeri atau mahkamah tentera’,” katanya. - sinar




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...