Friday, 29 June 2018

Penerbangan Ke Bali Dibatalkan, Gunung Agung Meletus Kembali

Penerbangan Ke Bali Dibatalkan, Gunung Agung Meletus Kembali. AirAsia membatalkan kebanyakan penerbangan ke dan dari Bali hari ini berikutan penutupan lapangan terbang di pulau peranginan Indonesia itu susulan letusan gunung berapi Gunung Agung yang melepaskan abu lebih 2 kilometer ke udara.

Syarikat penerbangan tambang murah itu dalam kenyataan berkata Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai ditutup hari ni dari 3 pagi hingga 7 malam (sama waktu seperti di Malaysia).

Bagaimanapun, syarikat itu berkata beberapa penerbangan kekal seperti dijadualkan sehingga diberitahu kelak.

AirAsia menggalakkan penumpang mengemas kini maklumat perhubungan mereka di airasia.com kerana status penerbangan mereka akan dimaklumkan menerusi e-mel dan SMS.

Penerbangan Ke Bali Dibatalkan, Gunung Agung Meletus Kembali


Penerbangan yang dibatalkan termasuk antara Kuala Lumpur dan Bali, antara Bangkok dan Bali, antara Singapura dan Bali, antara Perth dan Bali, antara Jakarta dan Bali, antara Bandung dan Bali, antara Yogyakarta dan Bali serta antara Solo dan Bali, katanya. - free malaysia today






Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...