Tuesday, 26 June 2018

Pemimpin Umno Belajar Dengan PH Cara Membangkang?

Pemimpin Umno Belajar Dengan PH Cara Membangkang? Pemimpin Umno perlu belajar cara membangkang dengan pemimpin Pakatan Harapan (PH) kerana tidak semua pengundi melihat kepada khidmat wakil rakyat sahaja, kata Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Calon Naib Presiden Umno itu berkata khidmat terhadap rakyat sahaja tidak mencukupi, sebaliknya pemimpin Umno perlu lebih berani memperjuangkan isu nasional.

Pemimpin Umno Belajar Dengan PH Cara Membangkang? “Bila lihat pemimpin itu hilang integriti dan kredibiliti servislah macam manapun, orang sudah lihat Umno tidak telus, banyak soalan tidak boleh dijawab walaupun soalan asas yang dikehendaki masyarakat umum.

“Bila itu hilang bagaimana hendak yakinkan orang. Saya lihat Tony Pua, dia juga tidak buat kerja sukarela tetapi apa yang perlu belajar daripada pembangkang adalah, dia lebih membawa isu nasional.

“Ia walaupun subjek asas yang dibawanya adalah satu sahaja, tetapi kerana ia adalah isu nasional, mereka bawa isu ini selama 5 tahun,” katanya dalam dialog naib presiden Umno di Astro Awani, malam tadi.

Pemimpin Umno Belajar Dengan PH Cara Membangkang? 


Bekas menteri kewangan II itu berkata, jika dipilih sebagai naib presiden Umno beliau berjanji akan kembalikan integriti parti yang dikatakan sudah hilang apabila sering dikaitkan dengan isu rasuah, skandal dan sebagainya.

“Kita mahu kembalikan integriti parti yang telah hilang, itu yang sangat penting. Kita juga mesti ada disiplin yang ahli-ahli kena ikut kerana apabila ahli bercakap, mereka tidak mewakili individu tetapi semua orang.

Pemimpin Umno Belajar Dengan PH Cara Membangkang? “Kena buktikan bahawa kita boleh jadi pembangkang yang progresif, kita lontarkan idea dan pandangan yang tidak berunsur fitnah, kita salurkan dengan fakta-fakta.” - free malaysia today






Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...