Tuesday, 26 June 2018

Mahathir Bakal Berbalah Lagi?

Mahathir Bakal Berbalah Lagi? Kerjaya politik Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang merangkumi tempoh masa beberapa dekad, sering dipenuhi dengan pertelingkahan mahupun perbalahan.

Semasa 22 tahun sebagai perdana menteri sebelum ini, bermula dari 1981 hingga 2003, beliau mempunyai empat timbalan menteri, termasuk ketua umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipecat pada tahun 1998.

Mahathir Bakal Berbalah Lagi?  Berikutan persaraannya, Mahathir berperanan peranan penting dalam menumbangkan pengganti pilihannya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pada usia 92 tahun, beliau kembali menyertai politik secara aktif dan menewaskan Datuk Seri Najib Razak, yang dicadangkannya sebagai pengganti kepada Abdullah pada tahun 2009.

Berdasarkan latar belakang itu, Mahathir tidak menolak kemungkinan terjadinya pertelingkahan antara beliau dan pemimpin Pakatan Harapan pada masa akan datang.

Bercakap kepada Channel News Asia, perdana menteri berkata beliau akan berundur jika beliau gagal bekerjasama dengan pemimpin HARAPAN.

Mahathir Bakal Berbalah Lagi? 


"Mungkin akan berlaku pertelingkahan antara saya dengan ramai, ramai orang, tetapi saya sentiasa mampu bertahan dan bekerja dengan mereka yang menentang saya.

"Saya di sana selama 22 tahun, ada ramai yang menentang saya tetapi saya berjaya, jadi jika saya tidak dapat bertahan, saya akan berundur," katanya.

Ditanya sama ada jika beliau boleh memberi jaminan kepada rakyat bahawa segalanya adalah lancar dalam Pakatan Harapan, Mahathir menjawab: "Ketika ini, saya mendapat sokongan padu daripada majoriti rakyat."

Sementara itu, Mahathir berkata pentadbirannya mempunyai pilihan untuk menambat semula ringgit atau "menukar mata wang", tetapi kedua-dua pilihan berkenaan perlu dikaji.

Mahathir Bakal Berbalah Lagi? 


Mahathir melaksanakan kawalan mata wang pada tahun 1998 semasa Krisis Kewangan Asia dengan menambat ringgit pada kadar RM3.80 berbanding dolar AS. Tambatan itu ditarik balik pada Julai 2005 oleh pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ketika ini, ringgit didagangkan pada RM4.023 berbanding dolar AS. - malaysiakini



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...