Tuesday, 12 June 2018

Lagi Rampasan Beg Tangan Berjenama

Lagi Rampasan Beg Tangan Berjenama. Lagi rampasan beg tangan berjenama dalam serbuan polis Bukit Aman ke atas sebuah banglo di Putrajaya hari ini yang dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak, lapor China Press.

Akhbar berbahasa Cina itu melaporkan lebih 20 anggota dari Unit Siasatan Jenayah Pencegahan Pengubahan Wang Haram (Unit AMLA) melakukan penggeledahan selama 2 jam, mulai 1 tengah hari tadi, ke atas banglo di Presint 10 yang didakwa ada kaitan dengan bekas perdana menteri itu.

Lagi Rampasan Beg Tangan Berjenama. Difahamkan, polis menemui beg tangan berjenama dan 2 kotak besar yang kemudiannya diangkut dengan sebuah van putih, tetapi tiada emas ditemui.

Banglo 2 tingkat itu difahamkan ialah aset Bahagian Pengurusan Hartanah Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang jaraknya hanya 200m dari JPM dan dikatakan ialah “rumah selamat” Najib.

Seorang penduduk berdekatan memberitahu China Press, banglo itu ialah asrama Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Shukry Mohd Salleh yang juga ketua setiausaha sulit Najib, tetapi sudah setahun beliau tidak kelihatan dan kediaman itu dipercayai dijadikan gudang.

Pegawai melabelkan 1 daripada 2 kotak besar yang dirampas daripada banglo di Presint 10.

Lagi Rampasan Beg Tangan Berjenama


Katanya, sejak polis menyiasat semula kes 1MDB, jiran tidak nampak ada orang yang memindahkan harta benda ke dalam atau keluar dari banglo itu.

Polis menggeledah 6 premis sejak malam 16 Mei lalu, iaitu JPM, kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana, Putrajaya dan kediaman peribadi Najib di Taman Duta serta 3 unit kondominium mewah, di mana 2 daripadanya milik anaknya.

Sebanyak 284 kotak mengandungi beg tangan pelbagai jenama mewah dan 72 beg dirampas dalam operasi bulan lalu yang merupakan sebahagian daripada siasatan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman dalam skandal 1MDB.

Lagi Rampasan Beg Tangan Berjenama


Pelbagai jenis mata wang berjumlah RM114 juta ditemui dalam 35 daripada 72 beg yang dirampas dari kondominium mewah, Pavilion Residences di ibu negara, manakala 27 beg lagi mengandungi barang kemas serta barang berharga lain. - free malaysia today




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...