Tuesday, 26 June 2018

Inilah Kabinet Penuh Pakatan Harapan?


Inilah Kabinet Penuh Pakatan Harapan? Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri dan Timbalan Menteri akan diadakan di Istana Negara pada 2 Julai ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V telah menerima senarai nama menteri dan timbalan menteri tersebut daripada Pejabat Perdana Menteri pada 20 Jun lalu.

"Senarai nama menteri Kabinet tersebut telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong dan telah dikembalikan semula kepada Pejabat Perdana Menteri pada 22 Jun iaitu hari Jumaat," katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Inilah Kabinet Penuh Pakatan Harapan? 


Beliau berkata kenyataan tersebut dikeluarkan bagi merujuk kepada laporan berita yang disiarkan Malay Mail Online hari ini yang bertajuk "Cabinet List Delay? Dr. M says ball in Agong's court".

"Pihak Istana Negara memohon agar semua pihak tidak melaporkan perkara-perkara yang bersifat negatif dan tidak tepat terhadap Yang di-Pertuan Agong," kata Wan Ahmad Dahlan.

Hari ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata baki senarai menteri telah dimuktamadkan dan akan mengangkat sumpah dalam masa terdekat.

Inilah Kabinet Penuh Pakatan Harapan? 


Sebelum ini, 13 menteri Kabinet telah mengangkat sumpah. - bernama




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...