Friday, 22 June 2018

Exco Pemuda Umno Bakal Dicekup

Exco Pemuda Umno Bakal Dicekup. Seorang exco Pemuda Umno Malaysia dari Johor didakwa mengamalkan politik wang menyogok perwakilan bagi meraih undi untuk mengekalkan jawatan di peringkat pusat dalam pemilihan parti itu 30 Jun depan.

Ketua Pemuda Umno cawangan Taman Munsyi Ibrahim, Pulai, Johor, Sharyfudin Basari membuat dakwaan itu apabila exco terbabit beberapa kali membuat perjumpaan dengan perwakilan di sekitar Johor dan menyogok wang sehingga RM300 seorang untuk membeli undi.

Exco Pemuda Umno Bakal Dicekup. “Hari ini saya membuat satu laporan kepada Lembaga Disiplin Umno susulan tindakan calon bertaraf exco Pemuda Umno Malaysia mengunakan wang untuk meraih undi daripada perwakilan bagi mengekalkan jawatan dalam pemilihan parti nanti.

“Kejadian berlaku pada Selasa 19 Jun 2018 di Restoran Yassin, Johor Bahru jam 10.30 malam. Ketika itu perwakilan Pemuda Bahagian diminta hadir untuk sesi santai bersama calon. Kehadiran sekitar 15 orang.

“Perjumpaan pada awalnya berkisar mengenai ‘survival’ parti, tetapi akhirnya bertukar menjadi medan membeli undi.

“2 ejen calon bertemu perwakilan Pemuda dan menyerahkan wang dalam sampul surat berjumlah dari RM200 hingga RM300 mengikut kedudukan mereka dalam parti,” katanya kepada media selepas membuat aduan kepada Lembaga Disiplin Umno di Menara Dato Onn, PWTC hari ini.

Exco Pemuda Umno Bakal Dicekup


Beliau berkata aktiviti itu beberapa kali dilakukan individu terlibat di tempat berlainan sekitar negeri Johor.

Sharyfudin yang juga calon naib ketua Pemuda Umno Bahagian Pulai berkata laporan itu dibuat bukan untuk menjatuhkan individu terbabit, sebaliknya ingin memastikan pemilihan kali ini telus kerana parti perlu dipulihkan susulan kekalahan teruk pada pilihan raya lepas.

“Tindakan saya membuat laporan ini bukanlah disebabkan ingin menjatuhkan individu tertentu kerana kerana saya hanya bertanding jawatan naib ketua Pemuda Umno Bahagian Pulai, bukannya ketua Pemuda bahagian.

“Saya amat kesal masih ada calon yang menggunakan politik wang untuk meraih undi daripada perwakilan. Budaya jijik ini perlu dihentikan serta-merta sekiranya Umno mahu kembali menjadi parti yang relevan untuk rakyat,” katanya sambil berkata individu terlibat turut menyogok perwakilan untuk kekal jawatan sebagai ketua pemuda di peringkat bahagian.

Tambah Sharyfudin, beliau mempunyai bukti dan mendesak lembaga disiplin parti mengambil tindakan dalam tempoh 24 jam.

Exco Pemuda Umno Bakal Dicekup. “Saya datang serah bukti, antaranya ialah wang yang diberi, gambar dan saksi yang hadir,” katanya. - free malaysia today




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...