Thursday, 28 June 2018

DUN Kedah Bergolak?

DUN Kedah Bergolak? PAS Kedah hari ini menegaskan penolakan calon speaker daripada parti Islam itu hanya boleh dibuat dalam sidang pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada 4 Julai depan melalui proses pemilihan.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata pemilihan calon speaker dan timbalan speaker daripada Pakatan Harapan juga perlu dibuat melalui cara yang sama.

DUN Kedah Bergolak? “Kerajaan sebesar atau sekecil manapun majoritinya atau tiada majoriti wajib merujuk undang-undang tubuh kerajaan Kedah dalam bab tatacara pelantikan speaker dan timbalan speaker.

“Tiada sebarang pengecualian atas sebab jumlah kerusi adalah sama seperti sekarang,” katanya hari ini.

Semalam, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata mustahil kerajaan negeri menerima calon bukan Adun sebagai speaker DUN seperti yang dicadangkan PAS.

DUN Kedah Bergolak?


Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, parti Islam itu berhak mengemukakan calon speaker dan timbalan speaker, begitu juga BN berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi mereka pada pilihan raya lalu.

Parti itu dilapor mencalonkan Pesuruhjaya PAS Kedah Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi sebagai speaker dan Adun Bukit Pinang Wan Romaini Wan Salim sebagai timbalan speaker Kedah.

Kedah mempunyai 36 kerusi DUN, di mana PH memenangi 18 kerusi, manakala PAS (15 kerusi) dan Barisan Nasional (3 kerusi).

Mengulas lanjut, Sanusi berkata, calon speaker tidak semestinya merupakan seorang Adun sama ada daripada parti memerintah atau pembangkang.

DUN Kedah Bergolak?


“Speaker DUN Kedah pada 2008-2013 ialah Datuk Dr Abdul Isa Ismail dan selepasnya ialah Datuk Rozai Sapian. Kedua-duanya bukan Adun. Datuk Ahmad Kasim, calon speaker daripada PH juga bukan seorang Adun.

“Hanya timbalan speaker perlu dicadangkan dari kalangan Adun kerana lazimnya beliau akan mengetuai Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri,” katanya. - free malaysia today




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...