Friday, 29 June 2018

Aset Jho Low Di Malaysia Diserbu

Aset Jho Low Di Malaysia Diserbu. Apabila penguatkuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pangsapuri yang dikatakan milik ahli perniagaan yang sedang menyembunyikan diri, Low Taek Jho atau Jho Low, hari ini, yang paling terkejut adalah pengawal keselamatan yang bertugas di pangsapuri mewah di Jalan Kia Peng itu.

Mereka tidak pernah ternampak lelaki yang sangat dikehendaki pihak berkuasa itu tetapi mereka ada bergurau sesama sendiri yang mungkin Jho Low memiliki salah satu unit di sini.

Aset Jho Low Di Malaysia Diserbu. “Kami tidak pernah ternampak Jho Low tetapi kadangkala kami bergurau sambil bertanya sesama sendiri jika benar Jho Low memiliki salah satu unit.

“Dan apabila pihak berkuasa tiba hari ini, kami sangat terkejut kerana gurauan rupanya benar. Kami selama ini mungkin mengawal keselamatan kediaman milik seseorang yang sedang menyembunyikan diri,” kata salah seorang pengawal.

Katanya, pengawal-pengawal tahu tentang Jho Low kerana ada terbaca di media sosial bahawa dia dikehendaki dalam siasatan 1MDB.

“Kami juga tahu tentang 1MDB,” katanya sambil menambah, dia terus membuat panggilan telefon kepada keluarganya untuk berkongsi pengalaman luar biasa hari ini.

Katanya, lebih kurang 7 pegawai SPRM memasuki pangsapuri itu dan berada di dalam unit itu dari 10.00 pagi sehingga 2.00 petang.

Aset Jho Low Di Malaysia Diserbu


“Kami tidak tahu apa yang diambil penguatkuasa tetapi saya pernah diberitahu unit itu ditukar menjadi pejabat.

“Kami difahamkan unit itu mempunyai sistem interkom sebelum ini tetapi diputuskan taliannya beberapa bulan lalu,” katanya.

Pengawal berkata tiada siapa pernah mendaftar di rumah pengawal untuk memasuki unit itu tetapi mereka mungkin menggunakan kad akses.

Satu waran dikeluarkan SPRM hari ini menyatakan “ada sebab munasabah yang mengesyaki ada keterangan tentang perlakuan sesuatu kesalahan” di premis itu.

Gambar daripada serbuan itu yang bocor di internet menunjukkan antara lain sebuah mesin mencincang kertas dan peti simpanan.

Jho Low, dan 4 lain, dikehendaki SPRM dalam siasatan ke atas AS$4.5 bilion yang didakwa disalurkan dari 1MDB antara 2009 dan 2015.

Aset Jho Low Di Malaysia Diserbu


Awal bulan ini, SPRM meminta Jho Low tampil membantu siasatan ke atas SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

SPRM juga meminta bekas pengarah urusan SRC, Nik Faisal Ariff Kamil Nik Othman, 47, untuk membantu siasatan, dan menggesa seorang lelaki misteri, Tan Kim Loong, yang didakwa menjadi penandatangan beberapa bank akaun di luar negara, di mana berbilion wang daripada 1MDB diubah, untuk tampil membantu siasatan.

Aset Jho Low Di Malaysia Diserbu. Terdahulu dilaporkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menolak tawaran kepada penyiasat untuk menyoal siasat Jho Low di Dubai. - free malaysia today





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...