Thursday, 28 June 2018

2 Pelancong China Menari Di Masjid

Dua pelancong China yang dirakam menari di masjid bandar raya ini minggu lepas didenda RM25 setiap seorang atau penjara 7 hari oleh Mahkamah Majistret semalam.

Wanita tersebut, Zhang Na, 25 dan Wang Han, 37, mengaku salah di hadapan magistret Cindy McJuce Balitus melakukan perbuatan tidak senonoh di kawasan awam dengan menari di atas tembok masjid pada jam 4.30 petang Sabtu lepas.

Kedua-duanya, yang merupakan guru tarian, sebelum itu ditahan oleh polis di sebuah hotel pada jam 11 pagi semalam berikutan laporan polis yang dibuat oleh Yang Dipertua Pertubuhan Perpaduan Islam Sabah (PPIS), Datuk Nani Sakam pada hari Ahad.

Nani yang membuat laporan tersebut berikutan tersebarnya rakaman video wanita berkenaan di media sosial berkata, perbuatan berpakaian seksi dan menari di atas tembok masjid menyentuh sensitiviti orang Islam, terutamanya rakyat Sabah.

Wanita terbabit didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 15 Ordinan Kesalahan-kesalahan Kecil Negeri Sabah. Seorang jurubahasa membacakan dakwaan itu kepada mereka.

Ia memperuntukkan denda sebanyak RM25 atau denda sehingga 14 hari, dan atas sabitan kedua, denda RM50 an penjara 3 bulan.

Warga China itu yang tidak diwakili peguam meminta denda minimum kerana mereka dijadualkan berangkat pulang, semalam.

Mereka membayar denda RM25 dan kemudian diiringi ke lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu untuk menaiki pesawat ke China.

Ketua Polis Kota Kinabalu ACP M Chandra berkata polis telah memaklumkan kepada Konsul China tentang penahanan warganya. - free malaysia today




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...