Tuesday, 8 May 2018

Umno Kelantan Bakal Berpecah Menjelang PRU14?

Umno Kelantan Bakal Berpecah Menjelang PRU14? Pimpinan Umno Kelantan hari ini secara terbuka mengatakan mereka tidak perlukan penyandang Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Tengku Mohd Hamzah, kerana tokoh Kelantan itu “lewat bangkit” dan berkempen untuk Barisan Nasional.

Penyandang DUN Paloh Datuk Nozula Mat Diah berkata kelewatan Tengku Razaleigh membantu BN Kelantan menyukarkan peluang parti itu menumbangkan PAS di kubu kuat parti Islam itu.

“Umno Kelantan tidak perlu Tengku Razaleigh. Di saat getir ini, sepatutnya Tengku Razaleigh bangkit awal mencari kemenangan untuk Umno Kelantan tapi dekat pilihan raya baru dia bersungguh nak bantu BN.

Umno Kelantan Bakal Berpecah Menjelang PRU14? “Sepatutnya dari awal tahun lagi beliau bersama Datuk Seri Mustapha Mohamed menggunakan aura beliau untuk Kelantan. Apabila lewat rakyat pun tak nak dengar apa yang BN nak cakap. Masa sudah suntuk,” katanya.

Beliau meramalkan BN akan kehilangan 1 kerusi DUN di Parlimen Gua Musang.

Wakil rakyat selama 28 tahun itu berkata pimpinan BN sepatutnya bergerak dan bekerja lebih awal, bukan mengharapkan Mustapha seorang. Mustapha adalah ketua Umno Kelantan.

Umno Kelantan Bakal Berpecah Menjelang PRU14?


“Mustapha sahaja bertungkus lumus tapi peringkat bahagian tak agresif. Mereka patut belajar daripada pengalaman dan mengubah Umno untuk pilihan raya umum ke-15,” katanya.

Selain itu, Nozula mendedahkan kekurangan peruntukan kewangan sudah membantutkan gerak kerja parti dan calon.

“Dalam keadaan sekarang masih lagi sukar rampas Kelantan dari PAS kecuali berlaku keajaiban,” katanya.

Umno Kelantan Bakal Berpecah Menjelang PRU14? Pilihan raya kali ini menyaksikan pertandingan 3 penjuru antara PAS, BN dan Pakatan Harapan (PH). Pada pilihanraya lepas PAS menang 32 kerusi DUN, BN 12 dan PKR 1, sementara di peringkat Parlimen, PAS menang 9 kerusi dan BN 5. - free malaysia today






Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






1 comment:

  1. Hi there, I foᥙnd your site by means of Ꮐߋogle whilst searching for a comparable topic, your
    site got here up, it appears ցreat. I've bookmarkeԁ it in my google booҝmarks.

    Hi there, simply was alert to yօur blog via Goοgle, and found
    that it is reaⅼly informative. I am gonna watcһ out fοr
    brussels. I will be grateful if you continue this in future.
    Numerous other people can be benefіted out of your writing.
    Cheers!
    basiϲs : How Тo Password Protect Foⅼder With Minimum Effort And Still Leave People Amazed

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...