Friday, 25 May 2018

Petanda MB Perlis Tiada Sokongan Daripada BN?

Petanda MB Perlis Tiada Sokongan Daripada BN? Datuk Seri Azlan Man hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis di Balai Menghadap, Istana Arau bagi penggal kedua.

Ini sekali gus menamatkan penantian 14 hari selepas selesai Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Istiadat mengangkat sumpah jawatan berlangsung di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Petanda MB Perlis Tiada Sokongan Daripada BN? Bagaimanapun, timbul persoalan baharu apabila semua sembilan ADUN BN tidak hadir pada majlis mengangkat sumpah itu. Menurut portal Berita Harian Online, mereka difahamkan berada di Kuala Lumpur.

Sebaliknya, tiga ADUN Pakatan Harapan dan dua ADUN PAS hadir.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu, BN berjaya meraih 10 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Pakatan Harapan hanya tiga kerusi dan PAS dua kerusi.

Semalam, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis menerusi satu surat jemputan kepada pihak media memaklumkan majlis istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan menteri besar Perlis akan berlangsung hari ini.

Petanda MB Perlis Tiada Sokongan Daripada BN?


Ini selepas naib presiden Umno yang menjalankan tugas-tugas presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyembah menghadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, pada Rabu lalu.

Turut mengiringi Ahmad Zahid ialah naib presiden Umno yang menjalankan tugas-tugas timbalan presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Kegagalan membentuk kerajaan itu dikaitkan dengan krisis dalaman, bermula dengan tindakan pengerusi BN negeri Datuk Seri Shahidan Kassim menamakan adiknya Datuk Ismail Kassim sebagai menteri besar baru.

Bagaimanapun, Azlan Man dilaporkan tidak tahu menahu berkaitan perkara itu dan tidak dimaklumkan mengenainya.

Petanda MB Perlis Tiada Sokongan Daripada BN? Shahidan juga dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Kuala Lumpur, petang ini. - malaysiakini



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...