Tuesday, 22 May 2018

Pendedahan Mengejutkan

Skandal dana RM2.6 bilion dan SRC International Sdn Bhd adalah benar dan bukan rekaan semata-mata.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, semasa mengetuai pasukan siasatan, beliau dan bekas Ketua Pesuruhjaya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed telah mengadakan pertemuan dengan menteri kabinet agar meminta Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak diturunkan dan diganti dengan pemimpin lain.

“Kami cakap, buang Najib. Ganti dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atau Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein pun tidak mengapa,” katanya.

Menurutnya, daripada keseluruhan menteri kabinet, hanya tiga menteri sahaja memberi respons positif.

“Ketika itu, hanya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Kewangan kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah,” katanya.

Mohd Shukri berkata, walaupun usaha itu tidak berhasil, beliau dan Abu Kassim juga tidak berputus asa.

Menyedari kesuntukan masa kerana dikhabarkan kedudukan Abu Kassim bakal digantikan, mereka terus menyusun strategi bagi meletakkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Datuk Seri Mustafar Ali di kerusi nombor satu itu.

“Tetapi kami gagal untuk meyakinkan Najib dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa apabila tempat Abu Kassim digantikan dengan pegawai Jabatan Peguam Negara, Tan Sri Dzulkifli Ahmad,” katanya. - sinar




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...