Sunday, 20 May 2018

Mukhriz Mahathir Buat Kejutan

Mukhriz Mahathir Buat Kejutan. Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir mahu sebarang kelemahan atau kekurangan pentadbirannya ditegur agar setiap lapisan masyarakat mendapat nikmat daripada kepimpinan beliau.

Katanya kerajaan tidak akan tahu setiap masalah rakyat peringkat bawahan seperti ibu tunggal, orang miskin dan warga emas yang perlukan bantuan jika tidak diberikan maklumat sebenar.

Mukhriz Mahathir Buat Kejutan. “Bukan sahaja kita (kerajaan negeri), mereka yang diberi tanggungjawab di peringkat daerah dan kawasan juga akan menanggung beban kerana tidak melaksanakan amanah.

Bantu kami... beri teguran membina

“Oleh itu, bantulah kami dengan memberi teguran dan pandangan yang membina,” kata Mukhriz dalam ucapan ringkas selepas bersembahyang subuh berjemaah di Masjid Al-Muhsinin di Jitra pagi ini.

Mukhriz Mahathir Buat Kejutan


Mukhriz berkata beliau sedar peluang kembali menjawat jawatan menteri besar Kedah bagi kali kedua mempunyai hikmah dan sebab itu mahu memastikan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Kedah tidak akan disia-siakan.

Mukhriz Mahathir Buat Kejutan. “Saya akan minta rakan-rakan dalam kerajaan negeri supaya lebih mengambil berat hal-hal berkaitan kebajikan dan pembangunan negeri,” tambahnya. - bernama




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...