Tuesday, 15 May 2018

MIC Akan Keluar BN?

MIC Akan Keluar BN? MIC dan MCA akan terus bersama Barisan Nasional (BN) dalam usaha melakukan perubahan bagi menghadapi cabaran politik pada masa depan.

Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata parti komponen BN perlu sepakat membuat perubahan dengan mengambil kira kelemahan yang ada untuk terus kekal relevan.

MIC Akan Keluar BN? Beliau berkata BN perlu menjadi sebuah parti pembangkang yang baik untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat.

Bagaimanapun, katanya parti itu mungkin akan mempertimbangkan pilihan lain sekiranya perubahan dalam BN tidak berlaku.

“Hari ini, kita (MIC) masih sebahagian daripada BN… kita merasakan BN perlu melakukan pembaharuan untuk menghadapi cabaran semasa dan kita akan melihat jika perubahan itu berlaku, kita boleh menjadi relevan kepada cabaran politik.

MIC Akan Keluar BN?


“Jika tidak, kita akan mencari pilihan lain,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat khas Dewan Tertinggi BN yang dipengerusikan Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi malam tadi.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata semua parti komponen akan melakukan post-mortem bagi mengenal pasti dan memperbaiki kelemahan mereka.

“BN masih utuh… mereka yang berada dalam BN, kita perlu mengharungi bersama,” katanya.

MIC Akan Keluar BN? Pada 9 Mei lepas, MIC hanya memenangi 2 kerusi Parlimen iaitu di Tapah dan Cameron Highlands manakala MCA satu kerusi di Ayer Hitam. - free malaysia today







Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...