Tuesday, 1 May 2018

Kisah Sebenar Sebalik Kes Saman Fitnah Sarawak Report

Kisah Sebenar Sebalik Kes Saman Fitnah Sarawak Report. Mahkamah Tinggi di London menolak permohonan Clare Rewcastle-Brown untuk membatalkan saman fitnah difailkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang antara lain atas alasan menakut-nakutkan saksi.
Mj
Peguam PAS, Wan Rohimi Wan Daud dalam catatan di Facebooknya berkata, mahkamah turut mengarahkan editor Sarawak Report (SR) itu membayar kos £28,900 (RM156,000) kepada plaintif, Hadi.

Kisah Sebenar Sebalik Kes Saman Fitnah Sarawak Report. “TGHH (Tok Guru Haji Hadi) menang semua 5 permohonan interlokutori! Sarawak Report diperintah membayar keseluruhan kos £28,900,” katanya.

Sementara itu, setiausaha politik Hadi, Ahmad Samsuri Mokhtar menyambut baik berita itu dan berkata, PAS akan mengeluarkan satu kenyataan hari ini.

SR berkata, hakim buat sementara waktu menetapkan perbicaraan selama 12 hari mulai April tahun depan.

Kisah Sebenar Sebalik Kes Saman Fitnah Sarawak Report


Katanya, hakim berpendapat ada banyak masalah bertindih dan saling berkaitan yang perlu ditentukan, termasuk sama ada Hadi mempunyai alasan untuk membawa kes itu pada mulanya.

SR memfailkan permohonan pembatalan saman fitnah itu disebabkan perbicaraan libel berkos tinggi di UK.

Kisah Sebenar Sebalik Kes Saman Fitnah Sarawak Report. Sehingga kini, katanya, ia mengeluarkan £200,000 (RM1,079,542) untuk perbelanjaan pra-perbicaraan, manakala Hadi pula sudah membayar £305,250 (RM1,647,651). - free malaysia today




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...