Monday, 21 May 2018

Khairuddin Abu Hassan Bikin Gempar

Khairuddin Abu Hassan Bikin Gempar. Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendesak pendakwaan dibuat terhadap bekas ketua polis, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, susulan penjelajahanya baru-baru ini meliputi Australia sehingga Amerika Syarikat bagi memperbaharui laporannya mengenai skandal 1MDB.

Khairuddin berkata, kedua-dua individu tersebut merupakan “pengkhianat nombor satu negara” kerana melanggar amanah untuk menyiasat laporan yang dibuatnya.

Khairuddin Abu Hassan Bikin Gempar. “Dalam skandal 1MDB, Khalid Abu Bakar dan Apandi Ali memainkan peranan besar melindungi jenayah itu,” kata Khairuddin, yang pernah didakwa di bawah undang-undang keselamatan pada 2015 selepas dituduh mensabotaj ekonomi negara kerana membuat laporan mengenai skandal 1MDB kepada pihak berkuasa asing.

“Nawaitu saya pada waktu itu hanyalah untuk selamatkan dana kerajaan serta wang rakyat daripada diselewengkan oleh konco-konco Najib Tun Razak, khususnya penyangak, Jho Low,” katanya, yang merujuk kepada bekas perdana menteri dan ahli perniagaan Malaysia yang dikaitkan dengan dakwaan menggelapkan wang berjumlah ratusan juta ringgit daripada 1MDB.

Khairuddin ketika pertemuan dengan Clare Rewcastle Brown (kiri), Xavier Andre Justo dan isterinya, Laura). Terlindung ialah Pascal Najadi.

Khairuddin berkata antara individu yang ditemuinya ialah pembocor maklumat berkaitan skandal 1MDB, termasuk editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown dan bekas kakitangan Petro-Saudi, Xavier Andre Justo dan Pascal Najadi.

Khairuddin Abu Hassan Bikin Gempar


Pascal adalah anak bekas pengasas Arab Malaysian Banking Group (AMBG), Hussain Najadi yang ditembak mati pada siang hari di Kuala Lumpur pada 2013.

Khairuddin berkata, beliau membuat laporan baru kepada polis Australia terhadap Australian and New Zealand Banking Group (ANZ) kerana membenarkan sebahagian daripada wang berjumlah AS$700 juta daripada akaun peribadi Najib dipindahkan ke Singapura.

Pada 7 April lepas, Khairuddin membuat laporan kepada Peguam Negara Switzerland di Bern, dan 4 hari selepas kemenangan Pakatan Harapan dalam pilihan raya 9 Mei, beliau memperbaharui laporannya kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di New York.

Khairuddin di hadapan bangunan yang menempatkan pejabat Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di New York.

Khairuddin bersyukur laporan yang dibuat beliau akhirnya diteliti oleh polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan kekalahan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Walaupun terlalu lambat polis dan SPRM bertindak, namun di bawah kerajaan baru PH yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, akhirnya pihak penguat kuasa undang-undang di Malaysia tidak lagi boleh menutup kes skandal kewangan yang terbesar di dunia pada dekad ini,” katanya.

Khairuddin ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau Sosma, kerana didakwa mensabotaj perkhidmatan perbankan dan kewangan negara.

Khairuddin Abu Hassan Bikin Gempar


Tahun lepas, Mahkamah Sesyen melepaskan beliau dan peguam Matthias Chang apabila pihak pendakwa tidak mengemukakan keterangan yang mengaitkan mereka dengan tuduhan itu.

Mereka secara bersesama didakwa di bawah Seksyen 124L Kanun Kesiksaan kerana hadir di balai polis beberapa buat bandar raya dunia untuk membuat laporan terhadap dana pelaburan kerajaan 1MDB.

Kertas pertuduhan itu menyebut mereka berdua berada di pejabat ketua polis Bahagian Jenayah Ekonomi dan Kewangan di Paris, balai polis Charing Cross di London, Pejabat Peguam Negara Switzerland di Berne, balai polis Wai Chan di Hong Kong dan ibu pejabat polis Cantonment di Singapura.

Khairuddin berkata, beliau berasa lega dengan perkembangan terakhir dalam penyiasatan 1MDB, dan menambah bahawa Najib kini cuba mendapatkan simpati daripada orang ramai.

“Kini Najib jangan cuba nak menagih simpati. Beliau kena berani hadapi setiap pertuduhan ke atasnya merompak khazanah kerajaan atau duit rakyat,” katanya.

“Lihat saja berapa banyak barang-barang samunan beliau dan isterinya yang dirampas oleh pihak polis sejak tiga hari yang lepas

Khairuddin Abu Hassan Bikin Gempar. “Masa tidak bersama Najib, isterinya dan konco-konco mereka lagi,” kata Khairuddin, yang bertanding sebagai calon PH di Jasin, Melaka dalam pilihan raya baru lepas, tetapi tewas tipis di tangan calon BN, Ahmad Hamzah. - free malaysia today





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...