Monday, 21 May 2018

Keputusan Terkini Sultan Selangor Berkenaan Kedudukan Azmin Ali

Keputusan Terkini Sultan Selangor Berkenaan Kedudukan Azmin Ali. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menerima jawatan Menteri di peringkat Kerajaan Persekutuan di bawah portfolio Hal Ehwal Ekonomi.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Munir Bani melalui satu kenyataan Media sebentar tadi.

Munir berkata, baginda memberikan perkenan selepas Mohamed Azmin memberikan sembah maklum kepada baginda.

Keputusan Terkini Sultan Selangor Berkenaan Kedudukan Azmin Ali. "Mohamed Azmin juga membuat keputusan itu setelah mendapat penjelasan dan pengesahan daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tentang skop kerja dan bidang kuasa Kementerian yang baru.

"Baginda juga memberi perkenaan agar Mohamd Azmin kekal memegang jawatan sebagai Menteri Besar buat sementara waktu sehingga tempoh peralihan kuasa kepada Menteri Besar yang baharu dapat dijalankan dengan lancar dan teratur," katanya.

Keputusan Terkini Sultan Selangor Berkenaan Kedudukan Azmin Ali


Dalam masa yang sama, beliau berkata, Mohamed Azmin perlu mengemukakan senarai calon-calon Menteri Besar yang baharu untuk penelitian dan perkenan baginda sebelum lantikan bagi jawatan itu dilakukan.

"Beliau akan melepaskan jawatan berkenaan sebaik Sultan Selangor berkenan melantik Menteri Besar yang baharu.

Keputusan Terkini Sultan Selangor Berkenaan Kedudukan Azmin Ali. "Proses yang dilaksanakan ini adalah selaras dengan undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959 dan Perlembagaan Persekutuan," katanya. - sinar






Iklan
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...