Tuesday, 22 May 2018

Kekotoran Yang Ditinggalkan Kerajaan BN Melaka

Kekotoran Yang Ditinggalkan Kerajaan BN Melaka. Anggota exco Melaka yang baru, Ginie Lim mendakwa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN dari penggal yang lepas telah menghabiskan peruntukan kepada mereka bagi tahun 2018.

Beliau berkata peruntukan itu khusus diberikan di bawah Majlis Perbandaran Alor Gajah yang telah memberikan taklimat mengenai kewangannya hari ini.

Kekotoran Yang Ditinggalkan Kerajaan BN Melaka. Lim, yang merupakan ADUN Machap Jaya, berkata berdasarkan taklimat itu, peruntukan tersebut berjumlah RM3.9 juta termasuk RM380,000 untuk ADUN dan RM500,000 untuk anggota exco.

"Kekotoran yang ditinggalkan oleh kerajaan negeri BN memberi kesan kepada usaha kerajaan Pakatan Harapan untuk memperbaiki keadaan. Ia tidak adil kepada pengundi serta kerajaan semasa," katanya dalam satu kenyataan.

Kekotoran Yang Ditinggalkan Kerajaan BN Melaka


Lim berkata peruntukan itu sepatutnya digunakan pada separuh pertama dan separuh kedua tahun ini dan bukan dihabiskan pada suku pertama.

Katanya senario itu menunjukkan salah gunakuasa dalam meluluskan peruntukan kewangan.

Kekotoran Yang Ditinggalkan Kerajaan BN Melaka. Melaka menyaksikan penubuhan kerajaan baru selepas BN tewas pada pilihan raya umum 9 Mei lalu. - malaysiakini




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...