Monday, 7 May 2018

Ibu Nik Omar Rasa Bersalah?

Disebabkan ajaran bahawa keluar PAS macam keluar agama Islam, tidak hairan Ustaz Nik Omar dianggap bersalah apabila menyatakan sokongan terhadap Pakatan Harapan.

"Ambo (saya) pilih Pakatan Harapan kerana Ambo yakin pendekatan yang dibawa Pakatan Harapan ini sama dengan apa yang dibawa oleh Allahyarham Tok Guru Ayahanda Ambo", Kata Ustaz Nik Omar yang merupakan anak kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Beliau menyatakan bahawa tidak wajar ada pihak memberi gambaran kepada ibu beliau bahawa dengan keluar PAS sama seperti keluar agama. Ini kerana, ibunya salah dalam memberi tanggapan terhadap diri beliau yang bersama dengan Pakatan Harapan.

Beliau turut menyatakan perasaan sayang kepada adik-adik beliau, walaupun berbagai masalah yang adik-adik beliau lakukan terhadap diri beliau.

"Sebagai abang, adik buat masalah macam mana pun, kita tetap sayang kepada adik kita. Dalam masa yang sama, adik perlu reti (tahu), macam mana adik kena hormat abangnya", jelas beliau lagi.

Menjawab serangan PAS, kononnya beliau tidak mendapat restu dari ibunya, anak sulung lelaki Tok Guru Nik Abdul Aziz itu menyatakan bahawa beliau ada berjumpa dengan ibu beliau dan meminta memberi restu kepada semua anak-anak, termasuk dirinya dan adik beradiknya yang berada dalam PAS kini. - khabar siyasah







Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...