Wednesday, 2 May 2018

Berita Menggemparkan Dari Pulau Pinang

Berita Menggemparkan Dari Pulau Pinang. Ketua Pemuda PKR Pulau Pinang, Asrol Sani Abdul Razak keluar parti bersama 70 ahli yang bersungut, kerana kepimpinan parti negeri yang lemah dan pemilihan calon yang tidak memuaskan untuk pilihan raya umum.

Beliau terutamanya kecewa dia tidak dipilih sebagai calon kerusi DUN Bertam, apabila parti menyerahkan kerusi itu kepada PPBM.

Berita Menggemparkan Dari Pulau Pinang. Asrol berkata dia adalah penyelaras PKR Bertam dan sudah lama bekerja di lapangan. Beliau berkata dia sepatutnya dijadikan calon di Bertam.

“Kepimpinan parti negeri lemah dan tidak mendengar keperluan akar umbi. Kita yang buat kerja di sini.

“Dengan meninggalkan parti ini, saya harap Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim nampak dan tahu PKR sudah menyimpang dari perjuangan asal,” kata Asrol pada sidang media di sebuah restoran di Bandar Perda hari ini.

Berita Menggemparkan Dari Pulau Pinang


Beliau berkata keputusan meletakkan wakil PPBM, Yaakob Osman sebagai calon DUN Penaga juga menyebabkan bencana apabila dia tersingkir kerana muflis.

Asrol berkata kepimpinan PKR negeri lemah dan tunduk kepada kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin DAP, walaupun memenangi negeri itu secara bersama sebagai Pakatan.

Beliau berkata PKR dilayan seperti parti kurang penting dalam kerajaan Pulau Pinang, di mana DAP berkuasa di negeri itu.

Berita Menggemparkan Dari Pulau Pinang


“Ketua PKR negeri lemah…ada lagi ahli yang tidak bersama kita sekarang ini yang akan keluar parti.”

Dalam satu jawapan segera, Ketua PKR negeri Datuk Mansor Othman berkata Asrul boleh sahaja kekal untuk mengambil alih parti.

Berita Menggemparkan Dari Pulau Pinang.  “Kalau dia rasa dia kuat, mengapa tak minta dia ambil alih parti?” - free malaysia today





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






1 comment:

  1. Biasalah. . Jgn penting diri sendiri. .. Tak jadi calon nak keluar parti. ... Nota .... Mana penting calon atau nak bebaskan negara dari .......????

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...