Thursday, 24 May 2018

Bekas Pengarah JPA Gesa Boneka Najib Disingkirkan

Bekas Pengarah JPA Gesa Boneka Najib Disingkirkan. Bekas pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) secara tidak langsung menggambarkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa pemain utama dalam kalangan “badut dan boneka” dalam kerajaan Datuk Seri Najib Razak.

Tan Sri Alwi Jantan dalam kenyataan hari ini berkata beliau malu melihat pegawai tertinggi kerajaan menjadi “badut dan boneka” parti pemerintah.

Bekas Pengarah JPA Gesa Boneka Najib Disingkirkan. Beliau menggesa penyingkiran dijalankan dalam perkhidmatan awam, mengatakan kerajaan baru perlu “membersihkan” perkhidmatan awam daripada “watak tidak boleh dipercayai” bagi memulihkan imej dan moral perkhidmatan awam.

“Ada juga yang bertindak melangkaui tanggungjawab apabila berkempen secara terbuka untuk mereka. Mereka mengecilkan amanah dan kesaksamaan ke tahap ketidakajujuran dan tidak bermoral,” katanya.

Beliau menambah tidak ada keperluan untuk menamakan mereka terlibat kerana perbuatan mereka mendapat liputan meluas media.

Bekas Pengarah JPA Gesa Boneka Najib Disingkirkan


Ahli kumpulan G25 yang diterdiri daripada pesara pegawai tinggi kerajaan dan ahli akademi ini berkhidmat untuk kerajaan selama 32 tahun, bermula sebagai pegawai di Pejabat Penubuhan Persekutuan pada 1958 sehingga bersara pada 1990 sebagai ketua pengarah JPA.

Beliau tidak menyebut nama Ali Hamsa dalam kenyataannya, tetapi berkata ketua setiausaha kepada kerajaan, “sebagai ketua perkhidmatan awam, mungkin boleh menghentikan salah laku ini, tetapi beliau sendiri adalah pemain utama”.

Beliau menyeru kerajaan Pakatan Harapan “membersihkan” perkhidmatan awam daripada watak-watak seperti itu.

Bekas Pengarah JPA Gesa Boneka Najib Disingkirkan. “Mereka bukan sahaja tercemar dan kesetiaan diragui, cara ini akan memulihkan imej dan semangat perkhidmatan awam ke tahap kemegahan dulu.” - free malaysia today






Iklan
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...