Friday, 18 May 2018

Artis Popular Nasihat Najib

Artis Popular Nasihat Najib. Susulan pelbagai dakwaan skandal dikaitkan dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, penyanyi dan komposer terkenal Faizal Tahir berharap dan mendoakan beliau sentiasa berada dalam bimbingan Tuhan.

“Semoga Allah membimbing kamu, Datuk Seri.

“Dalam diri setiap individu pasti ada nilai kebaikan dan sudah pasti kamu juga ada sisi kebaikan itu.

Artis Popular Nasihat Najib. “Bagaimanapun, kita juga memerlukan ruang untuk bermuhasabah dengan apa yang kita sudah lakukan dalam hidup. Kamu sudah pun menjalankan peranan kamu sebelum ini,” kata Faizal.

Penyanyi lagu "Sejati" itu membuat luahan tersebut dalam satu ruang komen gambar di akaun peribadi Najib yang menunjukkan bekas pemimpin nombor satu negara itu sedang menunaikan solat tarawih di Masjid Kampung Baru semalam.

Artis Popular Nasihat Najib


“Marilah kita sama-sama beringat, tiada siapa di muka bumi ini yang sempurna, terutamanya diri saya.

“Allah sentiasa ada untuk memaafkan hamba-Nya. Kerana pada akhirnya, kamu bukan sesiapa tanpa Allah SWT. Doa saya mengiringi Datuk Seri,” tambah Faizal.

Artis Popular Nasihat Najib





Faizal Tahir mendoakan bekas PM, Datuk Seri Najib Razak agar sentiasa berada dalam bimbingan Allah selain menyarankan beliau untuk bermuhasah diri. - awani





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...