Tuesday, 3 April 2018

Umno BN Makin Cemas.. Ini Buktinya

Umno BN Makin Cemas.. Ini Buktinya. Kira-kira 60,000 jentera penerangan Barisan Nasional (BN) bersiap siaga untuk menangkis serangan fitnah pembangkang yang dijangka meningkat pada musim pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN Tan Sri Annuar Musa berkata jentera penerangan akan menggunakan pendekatan lebih bersepadu yang bukan sahaja secara bersemuka dengan pengundi malah secara maya termasuk media sosial dalam memberi maklum balas segera terhadap fitnah.

Umno BN Makin Cemas.. Ini Buktinya. “Jentera penerangan mesti berada di saf hadapan kerana kita jangka pembangkang merancang untuk menyebarkan berita palsu termasuk di saat akhir.

“Jentera akan digerakkan bagi memberi maklum balas segera kepada masyarakat berkaitan apa-apa berita palsu yang disebarkan,” katanya kepada pemberita selepas majlis Ceramah Umum Tolak Pakatan Hipokrasi di Taman Kluang Barat, malam tadi.

Hadir sama, Ketua Penerangan Umno Johor Datuk Samsolbari Jamali, Pengerusi MCA Bahagian Kluang Gan Ping Sieu, Ahli Jawatankuasa MCA Pusat Datuk Seri Ti Lian Ker serta Ketua Pergerakan Wanita Umno Johor Datuk Sharifah Azizah Syed Zain.

Ahli parlimen Ketereh itu berkata kesiapsiagaan jentera penerangan dalam menangkis serangan ditekankan beliau dalam siri perjumpaan bersama ahli jentera di seluruh negara yang kini memasuki pusingan ke-3.


Umno BN Makin Cemas.. Ini Buktinya


Beliau berkata, langkah itu turut bertepatan dengan Rang Undang-Undang Anti-berita Tidak Benar 2018 yang diluluskan Dewan Rakyat.

“Jangan lupa pembangkang menabur berita palsu pada saat akhir pada pilihan raya umum lepas yang menyebabkan (ada kerusi) yang BN kalah,” katanya.

Beliau berkata antaranya adalah fitnah oleh seorang pemimpin pembangkang terhadap bekas menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, dakwaan ribuan pendatang Bangladesh yang dibawa masuk untuk mengundi serta cerita bekalan elektrik dipadamkan sehingga dipercayai masyarakat.

Umno BN Makin Cemas.. Ini Buktinya. “Saya hendak ingatkan jentera penerangan untuk buat persiapan kerana berkemungkinan strategi sama dengan keadaan lebih licik lagi akan dilakukan pembangkang pada pilihan raya ini,” katanya. - free malaysia today




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...