Sunday, 22 April 2018

Umno Bandar Tun Razak Makin Bergolak

Umno Bandar Tun Razak Makin Bergolak. Kelihatan Umno Bandar Tun Razak berhadapan masalah memilih calon-calon berpotensi untuk kerusi parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu.

Pilihan pertama, Datuk Rizalman Mokhtar tiba-tiba ditahan dalam skandal dadah. Bagaimanapun, polis membebaskan beliau daripada pertuduhan dadah selepas mendapat laporan kimia.

Umno Bandar Tun Razak Makin Bergolak.  Manakala itu, percubaan pucuk pimpinan Umno yang lebih tinggi meletakkan Ketua Wanita Umno Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil juga mendapat maklum balas tidak bagus daripada bahagian parti di situ mengenai kebimbangan skandal National Feedlot Corporation (NFC).

Sekarang, calon berpotensi mutakhir, peguam muda Adnan Abu Seman pula dipersoalkan berhubung kenyataan beliau pada masa lalu bahawa Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak perlu meletak jawatan.

"Kalau Datuk Seri Najib tiada keupayaan untuk urus tadbir perbezaan saya rasa beliau kena undur, saya rasa itu solution paling baik.

Umno Bandar Tun Razak Makin Bergolak


"Kalau beliau tiada keupayaan untuk urus tadbir dan bawa lebih banyak kemudaratan kepada parti, menyebabkan parti berada dalm keadaan lebih sukar.

"Mungkin sudah sampai masa kena pertimbang kedudukan dia sebagai presiden dalam parti," kata Adnan dipetik sebagai berkata pada Oktober 2016 dalam program Ruang Bicara di Bernama TV.

Beliau berkata ia perlu dilakukan melalui peralihan kuasa, sama seperti ketika Najib mengambil alih kuasa daripada Tun Abdullah Badawi.

Komen itu dibuat dua bulan selepas bekas pemimpin Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin memfailkan pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU, yang membawa kepada perpecahan dalam parti pemerintah Melayu itu.

Pengacara rancangan itu, Dahlan Maamor diberhentikan daripada stesen televisyen itu dikatakan akibat kenyataan Adnan dalam program tersebut.

Macam mana hendak jawab

Seorang pemimpin pemuda Umno Wilayah Persekutuan menimbulkan kebimbangan bahawa kenyataan Adnan tentang Najib akan digunakan semula terhadap BN pada pilihan raya umum ke-14 ini.

Umno Bandar Tun Razak Makin Bergolak


"Macam mana dia nak jawab isu ini bila orang persoal," kata pemimpin pemuda yang enggan namanya itu kepada Malaysiakini.

Apabila dihubungi, Adnan enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu sehingga penamaan calon dibuat secara rasmi, tetapi berkata beliau telah menjelaskan ucapannya kepada kepimpinan parti.

"Para pemimpin sudah menerima penjelasan penuh, dan sebelum mereka memilih mereka, mereka akan mempertimbangkan perkara ini.

"Pucuk pimpinan dah dapat penjelasan penuh jadi tak jadi isu, sebelum mereka buat pemilihan pun perkara ini mesti dah diambil kira.

Umno Bandar Tun Razak Makin Bergolak. "Orang tak puas hati 5 tak nampak, di peringkat Bandar Tun Razak, kepimpinan bahagian dan di akar umbi, beri sokongan kepada saya seratus peratus, mungkin bahagian lain lah," kata Adnan. - malaysiakini 



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image







No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...