Monday, 9 April 2018

Tanpa Di Sangka, PAS Selangor Terima Kejutan

Adun Paya Jaras Mohd Khairuddin Othman mengumumkan meninggalkan PAS dan menyertai PKR, dalam satu program dihadiri Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali malam tadi.

“Dengan rasa gembira Khairuddin telah buat keputusan menyertai PKR pada malam ini,” kata Azmin.

“Saya akan serah borang kepada Presiden PKR. Insha Allah PKR berlapang dada sahabat perjuangan kita yang baru malam ini,” katanya.

Khairuddin sebelum ini digugurkan sebagai setiausaha PAS Selangor dipercayai atas sikapnya yang mesra dengan Pakatan Harapan. Nama beliau juga tidak disenaraikan sebagai calon PAS pada pilihan raya umum ke-14 nanti.

Beliau memenangi kerusi Paya Jaras pada pilihan raya umum lalu mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Muhammad Bushro Mat Johor, yang juga penyandang kerusi itu, dengan majoriti 5,522. - free malaysia today






Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...