Tuesday, 17 April 2018

Syarikat China Dikecualikan GST, Adakah Ini Pengkhianatan Terbesar?

Syarikat China Dikecualikan GST, Adakah Ini Pengkhianatan Terbesar? Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengesahkan sijil pelepasan GST kepada kontraktor projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL), China Communications Construction Company (CCCC), yang tular di media sosial semalam.

Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata, pihaknya memberi sokongan bagi mempertimbangkan pelepasan oleh Kementerian Kewangan kepada CCCC.

Syarikat China Dikecualikan GST, Adakah Ini Pengkhianatan Terbesar? Menjelaskan sebab pelepasan, beliau berkata ECRL adalah projek melibatkan dua kerajaan yang membabitkan kepentingan awam.

"Ia bagi mengurangkan kos projek yang berorientasikan kemudahan awam. Secara amnya, pelepasan ke atas syarikat ini (CCCC) bagi memastikan projek strategik ECRL dapat dilaksanakan dengan jayanya serta memberi manfaat besar kepada rakyat secara keseluruhannya," katanya dalam kenyataan semalam.

Katanya lagi, pelepasan dibuat selepas mengambil kira faktor faedah pinjaman yang ditawarkan adalah lebih baik daripada kos GST.

"Syarikat itu juga tidak dibenarkan menuntut apa-apa bayaran pulangan balik (refund) GST," katanya lagi.

Semalam, Naib Presiden AMANAH Husam Musa memuat naik sijil pelepasan GST yang menyatakan ia diberikan bawah Seksyen 56(3)(a) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.

Syarikat China Dikecualikan GST, Adakah Ini Pengkhianatan Terbesar?


Seksyen itu menyatakan kuasa menteri kewangan untuk memberikan pelepasan berkenaan.

Turut disertakan kepala surat CCCC yang memberitahu pembekalnya bahawa ia diberikan pelepasan GST berdasarkan surat oleh Kementerian Kewangan bertarikh 7 Feb tahun ini.

Ia menambah bahawa pelepasan GST itu berkuat kuasa pada 26 September 2016.

Subromaniam berkata lagi, sistem GST memang mempunyai mekanisme untuk mengurangkan impak cukai itu kepada golongan yang disasarkan.

"Kastam dari semasa ke semasa akan akan mempertimbangkan permohonan pelepasan kepada syarikat yang memohon serta layak," katanya lagi.

Kerajaan sedang membiayai projek kira-kira RM60 bilion itu menerusi pinjaman mudah dari Bank Eksport-Import China dan hutang yang diperolehi dalam pasaran bon.

Syarikat China Dikecualikan GST, Adakah Ini Pengkhianatan Terbesar?


Dibina sepanjang 600km, ECRL akan menghubungkan Pelabuhan Klang dengan bandar-bandar utama di pantai timur Semenanjung Malaysia termasuk Kuantan, Kota Bharu dan Kuala Terengganu. -  malaysiakini





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...