Thursday, 19 April 2018

Strategi Pakatan Harapan Pahang

Strategi Pakatan Harapan Pahang. PPBM Pahang bergantung pada aplikasi WhatsApp telefon bagi memastikan setiap pelosok negeri itu boleh didekati kata ketua negeri parti itu, Wan Mohd Shahrir Abdul Jalil.

Bercakap kepada FMT, Wan Shahrir berkata, aplikasi WhatsApp dan telefon bimbit mengubah landskap politik dengan menjadikan jentera pilihan raya yang besar tidak sepenting dahulu.

Strategi Pakatan Harapan Pahang“Kita menggunakan teknologi ini semaksimum mungkin bagi menggantikan petugas lapangan untuk sampai kepada setiap pengguna,” katanya.

Beliau berkata, PPBM negeri mempunyai kumpulan WhatsApp bagi berkongsi maklumat dan setiap anggotanya menyebarkan maklumat itu ke seluruh negeri.

“Golongan muda kurang berpelajaran dan mereka berumur 50 tahun ke atas pun biasa dengan WhatsApp.

“Bagi golongan 50 tahun ke atas mereka biasanya telah ada pandangan sendiri tentang kerajaan,” katanya.

Walaupun kelajuan internet dan kesediaan perkhidmatan berbeza dari satu tempat ke tempat lain, Wan Saiful berkata, kawasan paling terpencil seperti Ulu Tembeling masih boleh menerima pesanan WhatsApp.

Strategi Pakatan Harapan Pahang


“Jika ada tempat lebih terpencil daripada Ulu Tembeling, harap beritahu, saya mahu tahu,” katanya.

“Pada 2015 mereka (kerajaan) membina jalan untuk ke Ulu Tembeling yang sebelum itu hanya menggunakan bot melalui sungai.

“Paling lucu, sebelum adanya jalan darat itu, penduduk sudah pun menikmati kemudahan internet.

Bagaimanapun katanya, kemudahan internet seperti pedang bermata dua.

“Barisan Nasional juga boleh menghubungi pengundi untuk mengelirukan mereka. Ini perang media zaman baru,” katanya.


Strategi Pakatan Harapan Pahang


‘Hanya di luar bandar’

Penganalisis politik Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya bagaimanapun menolak pandangan Wan Saiful dengan berkata kemudahan telefon bimbit tidak memunyai kesan besar ke atas pengundi luar bandar.

“Ia ada kesan ke atas pengundi luar bandar, tetapi tidak besar berbanding pengundi di kawasan bandar, katanya.

“Mereka tidak akan mengubah undi melainkan anak mereka yang bekerja di bandar balik dan mempengaruhi mereka.”

Strategi Pakatan Harapan Pahang. Awang Azman bagaimanapun bersetuju telefon bimbit akan memainkan peranan lebih besar dalam kegiatan kempen pada pilihan raya kali ini berbanding sebelumnya. - free malaysia today




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...