Wednesday, 25 April 2018

SKMM Hantar Mesej Spam?

Ramai pelanggan telefon bimbit tertanya-tanya jika Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ada menghantar spam kepada orang ramai dengan teks pesanan rawak.

Persoalan itu berlegar selepas ramai menerima pesanan di telefon daripada penghantar yang disenaraikan sebagai “SKMM”.

Lebih membingungkan tiada nombor penghantar dipaparkan, hanya nama “MCMC” tertera dalam peti masuk telefon penerima.

Teks pesanan berbunyi: “Meraikan 20 tahun Akta Komunikasi & Multimedia 1998. Rakyat terus mengecapi nikmat kemajuan teknologi. Jadilah rakyat digital yang HEBAT!”

Teks pesanan itu dikongsi di media sosial di mana ramai pengguna bertanya apakah ia benar-benar dihantar oleh badan yang ditugaskan untuk mengawal selia industri komunikasi dan multimedia.

Aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir antara pengguna yang berkongsi tangkap layar yang diterima daripada “SKMM”.

“Sesiapa lagi mendapat pesanan ini? Mereka lupa siapa yang menubuhkan SKMM? kan? Tsk, tsk! #GE14),” tulisnya di Twitter.

Peguam Eric Paulsen yang turut menerima mesej spam itu berkata: “Jika ini daripada SKMM, saya rasa ada kes untuk kesalahan bawah Akta Komunikasi dan Multimedia.”

Seorang lagi peguam, Syahredzan Johan, yang menerima mesej itu 2 kali berkata: “Ya, SKMM menghantar pesanan kepada saya 2 kali. Mungkin untuk pastikan saya dapat pesanan mereka.”

Seorang pengguna Twitter lain, Kyen bertanya: “Hai @SKMM_MCMC, adakah pesanan ini daripada anda?”

SKMM belum menjawab pertanyaan FMT mengenai pesanan ini. - free malaysia today




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...