Wednesday, 4 April 2018

Satu Lagi Berita Baik Untuk Penjawat Awam

Satu Lagi Berita Baik Untuk Penjawat Awam. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan kenaikan satu gaji tahunan untuk 1.6 juta penjawat awam berkuat kuasa 1 Julai nanti.

Mengumumkan berita gembira itu pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-16 (Mappa XVI) yang dihadiri kira-kira 10,000 anggota perkhidmatan awam, Najib yang juga menteri kewangan, turut mengumumkan beberapa insentif untuk penjawat awam dan golongan pesara.

Satu Lagi Berita Baik Untuk Penjawat Awam.  Beliau berkata, pemberian kenaikan gaji itu sebagai menghargai jasa dan pengorbanan serta penat lelah penjawat awam sebagai kawan setia kerajaan dan kenaikan ini akan melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM1.46 bilion.

“Ini bermakna penjawat awam mendapat tambahan satu lagi kenaikan gaji tahunan, di samping pergerakan gaji tahunan yang diterima bagi 2018,” katanya yang disambut sorakan dan tepukan gemuruh penjawat awam sambil berdiri sebagai tanda penghargaan.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menteri Kabinet, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zainal Rahim Seman dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda.

Mappa merupakan acara tahunan di mana perdana menteri akan menyampaikan amanat kepada anggota perkhidmatan awam daripada pelbagai perkhidmatan di peringkat persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan serta syarikat berkaitan kerajaan.

Najib turut mengumumkan kerajaan bersetuju pelaksanaan kenaikan pangkat “time-based” berasaskan kecemerlangan kali ke-2 untuk kumpulan pelaksana dipendekkan dari 13 tahun kepada 10 tahun mulai 1 Januari lalu.

Satu Lagi Berita Baik Untuk Penjawat Awam


“Ini bagi memberi peluang kemajuan kerjaya yang lebih baik kepada pegawai dalam kumpulan pelaksana untuk semua perkhidmatan, termasuk pasukan beruniform,” katanya.

Beliau berkata, pelaksanaan itu akan melibatkan 13,006 pegawai dan pertambahan implikasi kewangan sebanyak RM34 juta bagi 2018.

Najib pada majlis itu turut mengumumkan kerajaan bersetuju mewujudkan gred lapisan kenaikan pangkat baharu, iaitu Gred DG56 untuk pegawai perkhidmatan pendidikan, yang berada lebih 5 tahun di Gred 54 dan memberikan perkhidmatan cemerlang.

“Pewujudan lapisan Gred DG56 ini akan memberi peluang kenaikan pangkat kepada 323 pegawai, dengan implikasi kewangan sebanyak RM7.4 juta mulai 1 Januari 2019.”

Najib berkata, kerajaan juga bersetuju memanjangkan kemudahan perubatan kepada ibu bapa pegawai lantikan kontrak warganegara, yang memberi faedah kepada ibu bapa 42,867 pegawai berkuat kuasa 1 Julai ini.

Beliau berkata, pada hematnya, penjawat awam bukan sekadar kakitangan kerajaan semata-mata, malah mereka boleh diumpamakan sahabat dan kawan setia lagi utama kepada kerajaan.

“Apa yang penting, kerajaan akan terus membela nasib kawan setianya, iaitu para penjawat awam sekalian.”

Sebagai sebuah kerajaan yang menghormati kepelbagaian kaum dan agama di negara ini, Najib berkata, kerajaan bersetuju memanjangkan kemudahan cuti tanpa rekod maksimum 7 hari sepanjang tempoh perkhidmatan kepada penjawat awam bukan Islam bagi menjalankan aktiviti keagamaan masing-masing berkuat kuasa Januari tahun ini.

Menurutnya, pada pengumuman Bajet 2018, kerajaan meluluskan kemudahan cuti tanpa rekod selama 7 hari bagi tujuan umrah kepada penjawat awam beragama Islam.

Perdana menteri berkata, kerajaan juga bersetuju menyediakan sumbangan tahunan kepada Cuepacs sekurang-kurangnya RM3 juta setahun.

Bagi mewujudkan kebajikan berimbang antara penjawat awam dan pesara kerajaan, Najib pada majlis itu turut mengumumkan 3 insentif untuk  kira-kira 800,000 pesara.

Satu Lagi Berita Baik Untuk Penjawat Awam


Beliau berkata, kerajaan bersetuju memberikan 1% kenaikan kadar pencen secara sekali bayar mulai 1 Julai sehingga 31 Disember ini sebagai tambahan kepada 2% yang diterima pesara pada 1 Januari lalu.

“Untuk makluman, manfaat ini bakal diterima oleh semua pesara di seluruh Malaysia, malahan pesara yang umurnya 93 tahun ‘itu’ pun dapat juga,” katanya disambut dengan ketawa hadirin terhadap usikan itu.

Setakat ini, katanya, faedah persaraan seperti pencen, ganjaran dan Gantian Cuti Rehat diperuntukkan kepada pesara kerajaan pada 2018 sahaja sebanyak RM24 bilion.

Najib berkata, kerajaan mengambil maklum akan keupayaan persatuan pesara kerajaan untuk menganjurkan pelbagai aktiviti bagi mengaktifkan peranan pesara.

Bagi melancarkan perancangan aktiviti tersebut, beliau berkata kerajaan bersetuju memberikan geran khas sebanyak RM1 juta kepada setiap persatuan pesara, iaitu Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia, Yayasan Pesara Kerajaan Malaysia dan Kelab Pesara Kerajaan 1Malaysia.

Katanya, kerajaan juga akan memperuntukkan kuota untuk persatuan pesara kerajaan menunaikan haji bermula tahun ini.

Satu Lagi Berita Baik Untuk Penjawat Awam. “Bagi memastikan pesara kerajaan berpeluang menunaikan fardu haji bermula tahun ini, maka saya bersetuju untuk menetapkan satu kuota yang akan diumumkan selepas kerajaan mendapat jumlah kuota yang diperuntukkan kepada Malaysia oleh kerajaan Arab Saudi.” - free malaysia today





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






3 comments:

  1. tqvm i love pm for tht... but u still have to go coz malaysia need more tht that to be saved from d damages u hv done.

    so tqvm n goodbye mr mo1

    ReplyDelete
  2. fuyoh...syukur ala tuhang dpt peeam haram kash is king. oostad lebai ularmak dah pon gadai parti. gwa penjawat awam peduli apa!

    lantak le keruanan bangsa. pi mampui umat. my Tuhan is Kash. wahai ya ala selamatkan la peeam gwa. I luv peeam. ya ala biar peeam gwa dpt kebas lagi 2,600,000.000. asalkan gwa naik gaji sisa pon.

    pi curi curi melayu felda gwa tak kisah la. gst 8%. so wat? gwa orang penjawat awam mesti sokong kaw kaw peduli ape...

    peeam gwa tau, seluruh dunia tau, bangsa gwa tamak bangsa gwa bodoh bangsa gwa pengemis sisa berim. bagi Kash je kawtim semua. see u next pru.

    ReplyDelete
  3. Saya nak ucap-balas kepada KEPALA-PENYAMUN-LANUN....

    - 1.46 Billion untuk 1.6 Million penjawat awam.....

    - 2.6 Billion untuk sorang, 1 PENYAMUN-LANUN.....

    Patut ler dulu dulu lagi P. Ramlee dah buat cerita 1 untuk kamu...., 1 Billion untuk aku...errr angka 1 sama OK, kat si penyamun tuh!

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...