Friday, 6 April 2018

Punca Sebenar Najib Berpeluk Dengan Hadi Tersebar

Punca Sebenar Najib Berpeluk Dengan Hadi Tersebar. Walaupun lebih setahun lebih berlalu, imej kemesraan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang nampaknya masih bermain-main di minda sesetengah pihak.

Perkara itu akhirnya kembali dikemukakan kembali kepada Hadi dalam satu dialog dengan masyarakat Cina di Kemaman,yang disiarkan Harakahdaily hari ini.

Punca Sebenar Najib Berpeluk Dengan Hadi Tersebar. Berdepan soalan kenapa beliau “berpeluk” dengan Najib itu, Hadi menjawab:

“Bukan saya peluk dia tapi dia (Najib) yang peluk saya,” kata pemimpin parti Islam dengan kira-kira sejuta keanggotaan itu.

Dalam soal jawab itu, Hadi menjelaskan kenapa sukar bagi beliau menolak tindakan pemimpin nombor satu BN itu.

“Dia peluk saya dahulu dan takkan kita nak tolak dia peluk. Itu bukan cara kita dan kita mahu tunjuk yang kita (PAS) bukan parti jahat,” katanya.

Punca Sebenar Najib Berpeluk Dengan Hadi Tersebar


“Kita mahu orang Umno undi kita (PAS). Orang Umno jangan undi Umno lagi, undi kita (PAS).

“Jika kita nak suruh orang Umno undi kita, kita mesti buat baik jangan berkelahi. (Kita) minta orang Umno supaya undi kita dalam pilihan raya ini,” katanya.

Kedua-dua pemimpin pada 4 Disember 2016 berkongsi pentas dalam perhimpunan besar membantah penindasan terhadap etnik Rohingya di Myanmar.

Berpakaian hitam sedondon dengan mafela merah di leher, kedua-dua pemimpin menjulang tangan masing-masing dan saling berpegangan.

Punca Sebenar Najib Berpeluk Dengan Hadi Tersebar


Bibit-bibit itu menimbulkan spekulasi kerjasama kedua-dua parti yang berulang kali dinafikan PAS.

Dalam pertemuan dengan masyarakat Cina itu, Hadi juga ditanya sama ada PAS akan menyertai BN, tetapi dinafikan Hadi.

Punca Sebenar Najib Berpeluk Dengan Hadi Tersebar. Hadi juga sekali lagi menolak dakwaan menerima RM90 juta daripada Umno seperti dilaporkan laman pembocor maklumat Sarawak Report. - malaysiakini







Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...