Friday, 20 April 2018

Politik Malaysia Makin Pening.. Ini Buktinya?

Kita tersenyum membaca penulisan dan kritikan mereka yang sebenarnya terkurung dalam kepompong diri, obses dan sentiasa melihat pada yang salah. Yang betul, salah. Yang salah, betul atau diamkan saja. Mengikut kehendak diri.

Ada terminologi bagi orang sebegini. Karakter sebegini, mungkin pengarah filem, aktivis politik dan penulis yang tersekat pada satu jalan pemikiran yang tahu. Mereka ini orang serba salah.

Mereka berdiri di kiri dikatakan orang berdiri di kanan salah. Mereka berjalan dikatakan orang berlari salah. Mereka tidak sedar diri mereka itu sendiri yang serba salah.

Ia tidak menuju pada yang lain kerana ini melibatkan diri sendiri. Semua tidak kena, semua yang lain tidak sedar, tapi sebenarnya sendiri yang serba salah. Macam-macam disalahkan.

Menuju pilihan raya macam-macam orang serba salah ini akan menyalahkan. Pilihan hari Rabu salah, pembatalan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan salah, hari pengiraan undi salah, mengira undi juga salah.

Semua usaha untuk menyalahkan lain. Semua ini memang taktik dan teknik untuk mengelirukan. Ini semua “style” untuk mewajarkan kekalahan kelak.

Mungkin mereka sudah rasa mereka akan kalah maka satu alasan perlu direka sebelum itu bagi mengurangkan mereka menanggung beban kekalahan. Jadi, mereka terlebih dahulu sebelum bertempur mengatakan sebelah sana menipu dan akan terus menipu untuk menang.

“Bukankah dah diberitahu, kita akan kalah sebab mereka menipu,” kata mereka bila kalah sampai ke batang hidung.

Sekiranya mereka menang, seperti menang beberapa buah negeri pada PRU13, jawab mereka pula, “mereka cuba menipu tetapi rakyat lebih bersedia untuk beri kemenangan”.

Ada saja yang akan dikatakan sekira tidak berkenan di hati. Kalau mengikut penipuan, semua boleh ditipu masakan dengan manipulasi kuasa yang dituduh tidak memungkinkan mereka ditipu sehingga tidak ada satu negeri pun yang dikuasai.

Ada yang menulis artikel memberitahu kita bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamad Sabu semua mengatakan Datuk Seri Najib Razak sedang menipu dan akan terus menipu. Dalam jeritan, raungan histeria mereka mengatakan Najib akan menipu. Ironinya kalau dah tahu akan menipu kenapa sertai juga pertandingan itu?

Lucunya, kalangan yang menuduh Najib akan dan terus menipu, itu juga seorang yang dituduh melakukan yang sama. Cuma penipu ini ada beza sedikit. Ini penipu yang kini disokong, pembelit yang kini dipuja dan perosak yang kini diajak sekali. Jadi ini tidak salah pada yang serba salah.

Tolonglah jangan cerita dan percaya pada penipuan yang turut menipu dan menuduh yang lain penipu.

Mempercayai penipu sebenarnya membuat diri sendiri tertipu. Menyokong dan memuja penipu juga sebenarnya membohongi diri sendiri dan tidak akan bawa banyak kebaikan kepada sistem kepimpinan yang disebut yang mahu diubah.

Apa maknanya kalau, orang itu korup, pencuri dan penyangak, sedangkan yang mahukan tempat itu setara, sesama dan serupa, korup, pencuri dan penjangak. Jangan jadi serba salah. Serabut bukan pada yang lain, serabut pada diri kita sendiri.

Kita tidak sepatutnya terperangkap dengan dendangan karut mereka. Mereka sebenarnya mahu mencari alasan bagi membeli sedikit maruah apabila ditolak oleh rakyat negara ini. Mereka mahu mengotorkan pemikiran rakyat dengan sentimen nakal, tuduhan liar seolah-olah pemimpin mereka itu sewaktu berada di sebelah sana tidak menggunakan cara yang serupa.

Menuduh dan memanipulasi keadaan untuk kemenangan.

Kita ukur kedudukan kita, kita cari antara kita yang lapar, tertindas dan merana, kalau ada wakil mereka, tendang mereka jauh-jauh.

Jangan dengar tuduhan liar yang sedang menguasakan tempat kerana tuduhan mereka bersebab. Sebabnya mereka mahu di tempat itu. Mereka mahu jadi wakil rakyat dan mahu jadi perdana menteri. Hanya itu sebabnya dan yang mahu jadi perdana menteri itu rindu pada jawatan dan sikap diktator yang pernah dipegangnya.

Selebihnya yang lain mendongak mempercayai mahu melakukan perubahan dan menyelamatkan Malaysia.

Rakyat tidak perlu berdiri serba salah. Kita lihat tidak ada yang kurang dalam apa yang ada. Yang perlu adalah untuk ditingkatkan, dibangunkan dan dimajukan dan bukan untuk dimusnahkan.



Razali Ahmad adalah pembaca FMT




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






2 comments:

  1. Rakyat tidak perlu berdiri serba salah. Kita lihat tidak ada yang kurang dalam apa yang ada. Yang perlu adalah untuk ditingkatkan, dibangunkan dan dimajukan dan bukan untuk dimusnahkan. - INI PERENGGAN AKHIR RENCANA/TULISAN TADI. ADAKAH PENULIS MAHU KITA TERUS SOKONG BAISAN NASIONAL?

    ReplyDelete
  2. Mempercayai penipu sebenarnya membuat diri sendiri tertipu. Menyokong dan memuja penipu juga sebenarnya membohongi diri sendiri dan tidak akan bawa banyak kebaikan kepada sistem kepimpinan yang disebut yang mahu diubah. kih kih kih

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...