Monday, 23 April 2018

Petanda Pembangkang Bakal Kalah Di Melaka?

Mahkamah Tinggi Melaka baru sahaja memberi kebenaran semakan kehakiman berhubung isu persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Kes yang difailkan 7 pengundi di Melaka untuk mencabar laporan persempadanan akhir yang diluluskan oleh Parlimen dan digazetkan bulan lepas.

Tujuh pengundi itu adalah Chan Tsu Chong, Neo Lih Xin, Azura Talib, Lim Kah Seng, Norhizam Hassan Baktee, Amir Khairudin dan Amran Atan dan pernah mencabar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung cadangan persempadanan semula ketika itu pada April tahun lalu.

Hakim Datuk Siti Khadijah Hassan Badjenid memutuskan terdapat keterangan prima facie bagi menunjukkan berlakunya salah pembahagian yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau bagaimanapun tidak mengeluarkan perintah penangguhan terhadap penggunaan sempadan baru kawasan pilihan raya itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Peguam mewakili 7 pengundi di Melaka yang mencabar laporan persempadanan semula SPR hari ini mendesak badan itu menggunakan sempadan lama kawasan pilihan raya dalam pilihan raya umum akan datang.

“SPR perlu menghormati proses undang-undang dan gunakan sempadan kawasan pilihan raya yang lama sehinggalah keesahan sempadan baru tidak boleh diganggu gugat,” kata Lim Wei Jiet, peguam utama kes ini.

Beliau berkata, keputusan Mahkamah Tinggi Melaka tadi hanyalah pandangan awal bahawa kawasan pilihan raya baru adalah tidak sahih dan bertentangan dengan perlembagaan.

Namun begitu, katanya keputusan itu tidak memberi kesan ke atas pilihan raya akan datang kerana plantif tidak diberikan perintah penangguhan terhadap penggunaan sempadan baru SPR itu.

Pada 16 April lepas, 7 pengundi dari Melaka memfailkan permohonan baru untuk membatalkan laporan persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diluluskan Parlimen dan diwartakan bulan lepas.

Dalam semakan kehakiman yang difailkan sebelum itu, pengundi di kawasan Parlimen Kota Melaka itu mendakwa persempadanan semula itu melanggar Perlembagaan Persekutuan kerana mewujudkan kawasan Parlimen “terlalu besar” yang menyebabkan salah pembahagian.

Mereka berkata, SPR menyiapkan laporan akhir itu tanpa mendengar bantahan 107 rakyat yang mewakili lebih 10,000 pengundi berdaftar di Selangor, terhadap persempadanan semula yang dilakukan di negeri itu baru-baru ini.

Laporan itu diserahkan kepada Najib pada 9 Mac lalu untuk dibentangkan di Parlimen.

Dewan Rakyat meluluskannya pada 28 Mac lalu, selepas perbahasan separuh hari, dengan 129 ahli Parlimen menyokong kajian persempadanan semula itu.

Laporan itu diwartakan dengan persetujuan Yang di-Pertuan Agong keesokannya. -  free malaysia today




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...