Tuesday, 24 April 2018

Perbalahan Dalaman PKR Makin Parah?

Pengerusi Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam) Datuk Ambiga Sreenevasan menyelar kepimpinan PKR berhubung krisis parti itu dalam menamakan calon-calonnya pada Pilihan Rayau Umum ke-14 pada 9 Mei ini.

"Apabila rakyat melakukan segala-galanya dalam kuasa mereka untuk melepasi halangan untuk memastikan mereka dapat mengundi dan membantu pada pilihan raya, perbalahan mengarut dalam PKR ini tidak boleh dimaafkan" katanya dalam satu ciapan di Twitter.

Bercakap kepada Malaysiakini kemudian, Ambiga berkata rakyat di seluruh negara, dan bahkan di luar negara cuba melakukan yang terbaik untuk melepasi pelbagai halangan ini untuk memastikan mereka boleh mengundi pada 9 Mei.

"Rakyat Malaysia cuba membantu rakan-rakan mereka dalam pelbagai cara untuk PRU14. Kita sedang menyaksikan satu gelombang yang belum pernah berlaku sebelum ini untuk memastikan pilihan raya tidak dicuri," katanya.

Justeru, kata bekas pengerusi Majlis Peguam itu, adalah begitu mengecewakan dan sesuatu yang tidak dapat diterima untuk menyaksikan kepimpinan terbabit dalam perbalahan cuba merebut kerusi sesama mereka.

"Saya yakin bahawa parti-parti lain juga ada masalah masing-masing tetapi mereka dapat mengatasinya demi kepentingan rakyat.

"PKR begitu menonjol tidak mampu melakukannya," katanya.

Logo PKR

Ambiga mendedahkan dirinya menerima banyak panggilan dan mesej yang menyatakan rasa kekecewaan berhubung apa yang berlaku, lebih-lebih lagi dengan hari penamaan pencalonan calon pada Sabtu ini.

"Memandangkan belum ada satu pun calon dari PKR telah diumumkan, ini sekali gus menghalang mereka daripada menghabis masa yang berharga dengan pengundi," katanya.

Sambil mendesak perbalahan itu segera ditamatkan, Ambiga menekankan bahawa kepimpinan PKR harus berlapang dada dan megutamakan kepentingan negara bagi mengatasi masalah kritikal mereka itu.

"Logo PKR yang akan digunakan pada pilihan raya ini. Lagi banyak alasan bahawa mereka sendiri harus berlaku adil terhadap keyakinan yang disandarkan itu.

"Saya menggesa semua pihak untuk mempertimbangkan kedudukan negara dan kehendak rakyat mengatasi segala-galanya," katanya.

Krisis dalam PKR tercetus berikutan keputusan untuk menggugurkan beberapa nama yang dicadangkan sebagai calon di Selangor.

Menurut laporan, nama-nama berkenaan, termasuk naib presiden PKR, Tian Chua, mendapat restu daripa timbalan presiden parti yang juga menteri besar Selangor, Datuk Seri Mohammed Azmin Ali.

Spekulasi juga bertiup kencang tentang wujudnya perbalahan di antara kem atau kumpulan yang masing-masing diketuai oleh Azmin dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Pada sidang akhbar semalam, Tian Chua menasihatkan kepimpinan PKR lebih berhati-hati dalam pemilihan calon pilihan raya.

Langkah itu dikaitkan dengan cakap-cakap beliau tidak berpuas hati selepas calon-calon direstui Azmin dicantas, oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Penamaan calon untuk PRU14 ditettapkan pada Sabtu ini manakala hari mengundi adalah pada Rabu, 9 Mei. -  malaysiakini




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...