Saturday, 7 April 2018

Pengumuman SPR Sempena PRU14

Pengumuman SPR Sempena PRU14. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak boleh menetapkan tarikh pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dengan hanya 4 Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan setakat ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata, beliau sudah menerima notis rasmi pembubaran DUN Perlis, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

Pengumuman SPR Sempena PRU14.  “Kita masih tunggu negeri-negeri untuk bubar. DUN yang sudah kita terima makluman rasmi adalah Perlis, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor bahawa negeri berkenaan akan bubar hari ini.

“Negeri lain saya ketahui dan baca dalam surat khabar akan bubar juga, tetapi kita masih belum terima pemakluman rasmi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPR hari ini.

Pada masa sama, Hashim mengesahkan sudah menerima salinan perisytiharan pembubaran Parlimen ke-13 daripada Yang di-Pertuan Agong dan surat pemakluman rasmi daripada speaker Dewan Rakyat semalam mengenai pembubaran Parlimen yang berkuat kuasa hari ini.

Pengumuman SPR Sempena PRU14


Katanya, SPR akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan tarikh penting, selepas menerima notis rasmi daripada speaker semua DUN.

“Ia bukan sahaja hari pengundian, tetapi tarikh writ dan notis pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian awal, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan persiapan lain yang diperlukan.”

Setakat semalam, katanya, SPR menerima sebanyak 4,916 permohonan undi pos bagi kategori luar negara.

“Permohonan terbanyak adalah dari United Kingdom, Australia, Amerika Syarikat, Taiwan dan China.”

Beliau turut menafikan dakwaan jumlah pengundi pos mencecah 1 juta orang.

Pengumuman SPR Sempena PRU14. “Bukan 1 juta pengundi kerana ia melibatkan kakitangan awam yang tidak dapat keluar mengundi pada hari berkenaan. Jumlah kakitangan perkhidmatan awam adalah seramai 1.6 juta, tidak mungkin sejuta pula yang hendak mengundi pos,” katanya. - free malaysia today



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...