Thursday, 5 April 2018

Pembubaran BERSATU Tidak Berlaku Jika..

Pembubaran BERSATU Tidak Berlaku Jika. Pembubaran pendaftaran Parti Pribumi Melayu BERSATU (BERSATU) akan kekal jika parti berkenaan gagal mematuhi permintaan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam masa 30 hari.

Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim berkata, BERSATU juga boleh memfailkan rayuan dalam tempoh berkenaan.

"Saya ingin menyatakan di sini bahawa BERSATU gagal menyerahkan semua maklumat dan dokumen yang diperlukan olehnya di bawah Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan 1966," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat ROS di Putrajaya petang ini.

Surayati berkata notis untuk BERSATU memberikan maklumat yang berkaitan dengan parti itu telah dikeluarkan pada 28 Feb.

Pembubaran BERSATU Tidak Berlaku Jika..


"Jika selepas 30 hari tempoh pembatalan sementara, dan jika ada rayuan dan ia ditolak, maka pembatalan pendaftaran BERSATU akan tetap berlaku," tambahnya. - malaysiakini




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...