Friday, 13 April 2018

PAS Kelantan Terperanjat Dengan Perkembangan Terbaru Ini

PAS Kelantan Terperanjat Dengan Perkembangan Terbaru Ini. Cakap-cakap bahawa seorang lagi anak Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menyertai politik secara aktif nampaknya semakin menjadi kenyataan.

Sebelum ini nama Nik Omar Nik Abdul Aziz disebut-sebut bakal diturunkan menjadi calon AMANAH Kelantan dan tawaran dibuat sendiri kepadanya oleh naib presiden parti itu Husam Musa.


PAS Kelantan Terperanjat Dengan Perkembangan Terbaru Ini.  Mengulas mengenai isu itu Pengerusi AMANAH Kelantan Wan Abd Rahim Wan Abdullah berkata parti itu sedang dalam proses rundingan peringkat akhir dan keputusan muktamad mengenainya mungkin diketahui seawal esok.

Ditemui media di Kota Bharu hari ini bekas speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan itu memberitahu AMANAH memang sedang berunding dengan pihak Nik Omar.

"Sebab fikrah dan pemikirannya itu memang dah selari (dengan AMANAH) tetapi ada beberapa perkara teknikal yang melibatkan keluarga yang sedang diuruskan," katanya.

Sebelum nama Nik Omar dikenali ramai, orang lebih terdedah kepada nama Nik Abduh yang kini menyandang kerusi parlimen Pasir Mas.

PAS Kelantan Terperanjat Dengan Perkembangan Terbaru Ini


Bagaimanapun pendekatan yang berbeza di antara kedua-dua mereka menjadikan perkembangan politik di negeri Cik Siti Wan Kembang itu semakin menarik.

Ketika Nik Abduh tegar menyokong pendirian serta pendekatan keras PAS di bawah Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Nik Omar lebih selesa dengan AMANAH.

Malah cara penyampaian anak kedua Nik Abdul Aziz itu semasa menyampaikan kuliah agama banyak mengingatkan orang kepada almarhum bapanya.

Wan Abd Rahim berkata rundingan dengan pihak Nik Omar dijangka selesai esok dan pengumuman mengenainya akan dibuat tidak lama lagi.

Yakin boleh ditangani

Jika rundingan itu berhasil nama Nik Omar mungkin akan dicalonkan di kawasan yang pernah diwakili bapanya, iaitu Chempaka.

Kerusi itu kini disandang tokoh muda, Ahmad Fathan Mahmood, 45, yang mengisi kekosongan yang berlaku apabila Nik Abdul Aziz meninggal dunia pada 12 Feb 2015.

PAS Kelantan Terperanjat Dengan Perkembangan Terbaru Ini


Pada masa sama sumber menyatakan PAS sedang mempertimbangkan untuk membawa Nik Abduh bertanding di kerusi Chempaka.

Jika keadaan itu menjadi kenyataan PRU ke-14 ini akan menyaksikan pertembungan anak kedua dan anak kelima Nik Abdul Aziz.

Sebelum ini dikatakan Nik Omar memang cenderung untuk menyertai AMANAH namun belum dilakukan kerana pertimbangan keluarga.

Kata Wan Abd Rahim berkata rundingan sedang diuruskan termasuk melibatkan anggota terdekat keluarga Nik Abdul Aziz.

PAS Kelantan Terperanjat Dengan Perkembangan Terbaru Ini.  "Kita sedang berurusan. Insya-Allah boleh ditangani," katanya. - malaysiakini




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






2 comments:

  1. Akibat menyokong DAP baca:kafir ... terimalah seadanya !!

    ReplyDelete
  2. Parti PAN ni takdak keja lain, nak memporak perandakan keluarga orang jerr

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...