Friday, 6 April 2018

PAS Dikecewakan Lagi

PAS Dikecewakan Lagi. Pas kecewa apabila Dewan Rakyat menangguhkan perbahasan  Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 namun berpuas hati kerana dapat menyangkal tuduhan kononnya parti Islam itu gagal membawa usul ini sehingga habis.

Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan berkata,Dewan Rakyat berbaki lapan jam lagi sekiranya benar-benar ingin membahaskan Akta Mahkamah Syariah namun telah ditangguhkan sehingga selepas PRU14.

PAS Dikecewakan Lagi. “Dalam hal ini kami (Pas) kecewa  keadaan dalam Parlimen, ada lapan jam kalau mahu bahas, kita bimbang juga kalau lepas pilihan raya ahli Parlimen Pas yang ada hari ini tidak ada lagi.

“Tapi Pas berpuas hati terhadap kenyataan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menyatakan bahawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana telah menyelesaikan tugas beliau membentangkan usul tersebut,” katanya ketika sidang media di Lobi Parlimen, hari ini.

Perkara ini, katanya dapat menjernihkan keadaan dan tuduhan di luar sana yang mendakwa Abdul Hadi telah gagal membawa usul ini sehingga tidak dibenarkan dibahas di dalam Dewan Rakyat.

PAS Dikecewakan Lagi


“Kenyataan Speaker itu telah berjaya menyangkal dakwaan bahawa Pas gagal bawa Akta 355 ini sehingga habis.Walaupun Speaker maklumkan usul ini akan diangkat semula dalam persidangan selepas PRU14, namun tertakluk siapa jadi kerajaan nanti.

“Kami puas hati usul nak cadangkan Akta 355 ini dipinda telah dikemukakan, jawapan Speaker juga telah menghilangkan kekeliruan atau ada pihak nak menangguk di air keruh cari publisiti Pas gagal jalankan tanggungjawab,” jelasnya.

Beliau turut memaklumkan bahawa penangguhan perbahasan ini tidak akan menggugat imej Pas dalam kempen PRU14 kerana mereka sudah lakukan yang terbaik.

PAS Dikecewakan Lagi


“Tak beri kesan, kita dah lakukan yang terbaik. Penangguhan ini bukan daripada mulut kami tetapi peraturan Speaker Dewan Rakyat.

PAS Dikecewakan Lagi. “Jika rakyat nak tengok Akta 355 ini diimplimentasikan, berilah mandat kepada Pas pada pilihan raya kali ini,” katanya. - sinar harian





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...