Saturday, 21 April 2018

Pakatan Harapan Patut Risau Hasil Kajian Ini

Pakatan Harapan Patut Risau Hasil Kajian Ini. Satu kajian penyelidikan ilmiah mendapati sebilangan peneroka Melayu di luar bandar yang tidak senang hati dengan kenaikan kos sara hidup mengaitkan perkara tersebut dengan isu perkauman.

Peningkatan kos yang menyaksikan harga barangan menjadi mahal menjejaskan semua lapisan rakyat dengan ada yang mendakwa pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada tahun 2015 oleh kerajaan pusat sebagai puncanya.

Pakatan Harapan Patut Risau Hasil Kajian Ini. Namun satu kajian terhadap pengundi luar bandar di Johor dan Kedah mendapati bahawa di kalangan sebahagian masyarakat Melayu di luar bandar, kesalahan berkenaan bukannya terletak pada kerajaan persekutuan, tetapi pada pemilik perniagaan atau tauke Cina.

Penemuan ini dilaporkan dalam kertas kajian trend di Asia Tenggara oleh Institut Iseas-Yusof Ishak yang bertajuk "Pilihan Raya Umum Malaysia 2018: Memahami Pengundi Luar Bandar" oleh penyelidik Serina Rahman.

Dalam perbincangan kumpulan fokus di kalangan peneroka Felda, kajian itu mendapati bahawa "sementara responden berdepan dengan kenaikan kos sara hidup, generasi tua menyalahkan tauke Cina dan bukannya, kerajaan persekutuan."

Golongan wanita berusia di barat Johor juga "menyalahkan peningkatan kos sara hidup di kalangan tauke Cina yang 'menyalahgunakan GST dan menaikkan harga secara sembarangan'."

Pakatan Harapan Patut Risau Hasil Kajian Ini


Kedua-dua kumpulan itu dikatakan penyokong kuat BN, dan hanya parti pemerintah yang "boleh memberikan mereka yang terbaik". Walau bagaimanapun, pandangan itu tidak dikongsi oleh semua orang Melayu di luar bandar.

Golongan lelaki yang ditemuramah di barat Johor "menyalahkan kerajaan persekutuan sebagai punca kenaikan kos sara hidup."

Mereka juga mempunyai pandangan positif terhadap masyarakat Cina, termasuk rakan-rakan nelayan di kampung mereka "yang berkongsi jeti yang sama dan bergelut seperti mereka di laut."

Begitu juga, seorang wanita muda di bawah umur 35 yang ditemuramah di barat Johor juga menyatakan bahawa NGO Cina membantunya sedangkan yang lain tidak.

"Apa gunanya untuk mengundi parti pemerintah sedangkan mereka tidak tahu masalah kami. Siapa datang bantu kami? Kami cuba mohon bantuan daripada banyak pihak tapi gagal.

Pakatan Harapan Patut Risau Hasil Kajian Ini


"Akhirnya NGO Cina di Johor Bahru yang membantu perbelanjaan perubatan kami. NGO Cina!" kata responden yang tidak dinamakan itu.

Secara keseluruhan, nota penyelidikan itu mencatatkan bahawa dalam semua sesi kumpulan fokusnya, para peserta memetik GST, kenaikan kos sara hidup dan pemansuhan subsidi petrol sebagai faktor yang menambah beban harian mereka.

Ramai juga mengadu bahawa upah atau gaji terus tidak berubah.

Pakatan Harapan Patut Risau Hasil Kajian Ini. Mengenai BR1M, "hampir semua menjawab bahawa BR1M memberi mereka wang sehingga RM1,000 tetapi kerajaan mengambil alih balik lebih banyak melalui GST dan kenaikan harga." - malaysiakini




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...