Wednesday, 4 April 2018

Ketua Umno Bandar Tun Razak, Rizalman Dedah Komplot Jatuhkannya

Ketua Umno Bandar Tun Razak, Rizalman Dedah Komplot Jatuhkannya. Ketua Umno Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar hari ini mendakwa dirinya diperangkap, selepas keputusan ujian air kencing menunjukkan beliau positif dadah susulan serbuan di sebuah kelab di Kuala Lumpur.

Rizalman berkata beliau terkejut dengan keputusan ujian itu, dan menafikan mengambil dadah termasuk semasa di kelab itu.

Ketua Umno Bandar Tun Razak, Rizalman Dedah Komplot Jatuhkannya. “Saya menafikan sekerasnya terlibat dengan penyalahgunaan dadah seperti mana yang dilaporkan. Kalau betul laporan yang mengatakan ujian air kencing positif, saya yakin ia adalah satu perangkap ke atas diri saya yang bertujuan untuk merosakkan nama baik saya,” katanya dalam penjelasan kepada pihak media hari ini.

“Saya syak kemungkinan isu yang berlaku ini lebih kepada agenda politik, sama ada siapa yang lakukan saya tidak pasti.

“Tapi cara operasi itu dilaksanakan sangat spesifik dan saya terus di bawa ke IPD Dang Wangi,” katanya.

Menurutnya, beliau hanya “ambil kopi” bersama rakan lain, sambil berkata tiada minuman keras disajikan.

“Saya juga terkejut saya tidak khayal dan masa itu saya normal, sebab itu saya syak ada agenda serangan peribadi,” katanya, sambil menambah beliau tidak tahu siapa yang memerangkapnya.

Rizalman ditangkap Isnin lalu dalam satu operasi polis bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kelab De Vegas di Jalan Imbi, kira-kira 2 pagi.

Ketua Umno Bandar Tun Razak, Rizalman Dedah Komplot Jatuhkannya


Susulan kejadian itu, sekumpulan pemimpin akar umno Umno mendesak Rizalman melepaskan jawatan parti dan kerajaan.

Ditanya tujuan beliau ke kelab itu, Rizalman berkata ia berkunjung ke sana hanya untuk menyanyi bersama rakan.

“Hanya hiburan biasa di tempat yang ada lesen, yang tidak menyalahi undang-undang dan saya percaya ramai buat benda sama. Saya suka nyanyi dan malam itu sempat dua, tiga lagu,” katanya.

Sementara itu, Rizalman enggan meletak jawatan.

“Saya akan guna segala saluran perundangan untuk pertahan diri dan membersihkan nama saya, keluarga saya dan nama Umno dan BN.

Ketua Umno Bandar Tun Razak, Rizalman Dedah Komplot Jatuhkannya


“Saya tetap meneruskan politik khidmat bakti saya dan membantu BN di Bandar Tun Razak.Saya juga bersedia meletakkan semua jawatan yang saya pegang sekiranya siasatan dan mahkamah mendapati saya bersalah.

“Setakat ini saya tidak akan letak jawatan kerana saya belum bersalah dan 100% pemimpin bahagian bersama saya,” katanya.

Ketua Umno Bandar Tun Razak, Rizalman Dedah Komplot Jatuhkannya. “Saya juga memohon supaya organisasi yang saya wakili Umno dan BN tidak dikaitkan kerana isu ini, ia lebih kepada serangan peribadi ke atas diri saya,” katanya. - free malaysia today






Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image






1 comment:

  1. Komplot la sangat!!!
    Semoga hancur kamu bersama umno...

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...